Seorang wanita melecur hampir seluruh badan akibat menggunakan cecair pensanitasi tangan. Kate Wise dari Texas itu memakai cecair tersebut sebelum memasang lilin tanpa menyedari ia boleh mengundang bahaya.
Laporan akhbar tempatan menyatakan, sebaik sahaja dia cuba menyalakan lilin, api terus menyambar bahagian muka, tangan, kaki dan betisnya melecur. Namun wanita yang mempunyai tiga anak ini sempat menyelamatkan salah seorang anaknya yang berusia 14 tahun serta anjingnya keluar dari rumah walaupun dirinya sedang terbakar. Dua lagi anaknya sempat lari ke rumah berdekatan untuk meminta bantuan. Menurut sumber lagi, insiden tersebut telah menyebabkan rumahnya terbakar dan kini dia sedang menjalani rawatan di unit rawatan rapi. -CARI
|
matchstick replied at 5-9-2020 04:15 PM
Hand sanitizer tu dia pakai seluruh badan ke..
Kalau sapu kt tangan je api sambar seluruh badan jgk ...
matchstick replied at 5-9-2020 04:15 PM
Hand sanitizer tu dia pakai seluruh badan ke..
Kalau sapu kt tangan je api sambar seluruh badan jgk ...
kivio: Tajuk kene betul.Akibat api.Bkn akibat sanitizer.Orang lain pakai sanitizer ok je. Memang selamat pun.Bodo.
ADVERTISEMENT