CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Miskin Bandar KL Cuma Makan Telur Dan Mee Segera Sebab Tak Cukup Duit

7-9-2020 12:15 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 45069| Komen: 347|Original author: Oleh: Cari-Azza




Di sebalik ekonomi yang sedang meningkat naik akibat pandemik Covid-19, rupa-rupanya ada cerita tersirat yang tidak banyak diperkatakan di media sosial.

Ianya berkenaan perbezaan sara hidup tahun ini dan tahun sebelumnya. Menyedihkan apabila banyak keluarga berpendapatan rendah di Kuala Lumpur terjejas pendapatannya hingga terpaksa makan mee segera dan telur sahaja bagi mengalas perut.

Biarpun pedih, ia adalah hakikat yang perlu diterima di sebalik kebanggaan segelintir kapitalis yang berbangga dengan penuhnya bangunan pencakar langit di bandar raya.



Menurut Free Malaysia Today, projek “Families on the Edge” ini menerangkan tentang kesan sosio-ekonomi akibat krisis Covid-19 ke atas sekumpulan 500 keluarga bersama anak-anak di flat kos rendah Kuala Lumpur. Badan bukan kerajaan, (NGO) UNICEF menjelaskan bahawa lebih 57 peratus keluarga menyatakan pendapatan mereka lebih teruk dari tahun lepas.

Ianya menyebabkan ramai terpaksa memotong belanja pada pengangkutan, pendidikan dan makanan. Biarpun sudah dipotong, masing-masing menegaskan tidak dapat membayar bil dan sewa rumah tertunggak serta 18 peratus tidak cukup makan.


Foto : FMT

Hal ini menyebabkan pola pemakanan berubah. Kebanyakan keluarga memilih untuk makan telur (+50%), nasi (+40%) dan mi segera (+40%). Inilah yang meresahkan UNICEF sebagai badan memperjuangkan hak kanak-kanak kerana mee segera tidak membawa manfaat kepada tumbesaran golongan ini.


Foto : Public Health

Kajian tersebut turut merekodkan impak mental dan emosi yang agak teruk iaitu sebanyak 66% responden mengaku emosi mereka tertekan. Antara yang diluahkan adalah kebimbangan terhadap masa depan keluarga, sedih, 'anxiety' dan 'mood swing'.

Ianya membuatkan warganet berasa bersyukur dengan nikmat yang dinikmati mereka ketika menjalani fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Foto : Twitter

Jadi, bersyukurlah dengan nikmat-nikmat kecil yang selalu dipandang mudah dan jika ada saudara mara atau sahabat yang dalam kesusahan, ringan-ringankan tangan untuk membantu mereka sekadar termampu. - CARI
5

Bagus
4

Marah
4

Terkejut
4

Sedih
5

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (26 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gadget 7-9-2020 12:22 PM
kira nasib baik makan telur dgn mee...kat filipina tu makan pag pag (ayam kfc/mcd dalam garbage dikutip then dibasuh dan digoreng semula)...depa tu lagi rajin kerja...tp sebab kekangan kerja/gaji yg sangat minimal, ditambah dengan corrupt...depa terpaksa...

ps: depa ni (rakyat malaysia) boleh je makan nasi berlauk kalau rajin kerja...rata2 org mesia ni pemalas...semua nak disogok...kumpul duit beli hp canggih2 boleh pulak?
Quote mizruncing 7-9-2020 12:23 PM
kadang2 makan megi ni sedap jugak
Quote ninjago 7-9-2020 12:29 PM
Edited by ninjago at 7-9-2020 11:30 AM
mizruncing replied at 7-9-2020 11:23 AM
kadang2 makan megi ni sedap jugak

mmg sedap..letak cili api, telur, kobis / sawi, fuhhh.. lagi2 time hujan. ada org makan sebab teringin, ada org sebab terpaksa, takde duit.
begitula hidup..semoga ada jalan keluar tuk kawan2 yg tgh susah skrg..

teringat zaman susah time study dulu..tapi masa tu rasa bahagia je cam xde hal apa.  
Quote sarah82 7-9-2020 12:32 PM
Semiga dipermudahkan utk depa.

Tentang megi ru aku rasa baik beli beras
Quote bottombikini 7-9-2020 12:32 PM
megi pun mahal okeh
iols nak beli pun tunggu promo

yg si filipina tu datang cari rezeki kat sini lagak takmo kalah
mentang pandai cakap ingrish
Quote mizruncing 7-9-2020 12:33 PM
ninjago replied at 7-9-2020 12:29 PM
mmg sedap..letak cili api, telur, kobis / sawi, fuhhh.. lagi2 time hujan. ada org makan sebab teri ...

btol. teringin jugak kadang2. tapi kena control laa tak elok makan selalu. tp tuh laa benda tak berkhasiat ni selalu sedap je
Quote glump 7-9-2020 12:40 PM
Beras sekilo lagi murah dari sepek meggi. Tu yg org indon suka mkn nasi lauk meggi
Quote PintuKayu 7-9-2020 12:42 PM
gadget replied at 7-9-2020 12:22 PM
kira nasib baik makan telur dgn mee...kat filipina tu makan pag pag (ayam kfc/mcd dalam garbage diku ...

Ko ni mmg suka kannn hina orang...mana ko tahu depa beli fon canggih xguna utk beli makanan?  
Quote AbukRokok 7-9-2020 12:42 PM
xpe atleast rumah ada balkoni klu ikut gambar kat atas
Quote AbukRokok 7-9-2020 12:45 PM
ideologi cobid dan lockdown = Great Reset
Quote CocoCily 7-9-2020 12:46 PM
I tengah makan mee goreng RM1 beli pagi tadi. Pedasnya, mak cik tertumpah cili ke hari ni ..gigih telan juga pikir membazir buang

Topik ni rasanya dah ada & di bincangkan dulu pasal mee segera bukannya murah juga cuma senang.
Makanan yang rasa masa susah makan tapi mahal - mee segera, sardin

Masak sendiri - beli beras, sayur & telur lagi murah.

Quote Belibis 7-9-2020 12:57 PM
mizruncing: kadang2 makan megi ni sedap jugak

Kadang2 memang sedap.cer try seminggu .maunya muntah walaupun baru cium bau.
Quote syamzana 7-9-2020 12:59 PM
dah susah jangan la cari penyakit pulak. lainkali kalau duit tu cukup2 mkn je jgn la sesekali beli mknan segera; sardin tin, megi etc.
Quote Artemesiaa 7-9-2020 12:59 PM
Kat negara kita ni kira bernasib baik lagi masih ada makanan tapi disesetengah negara lain akibat covid19 sesetengah mereka hanya mampu makan ubi rebus tiap hari.
Quote gadget 7-9-2020 01:00 PM
PintuKayu replied at 7-9-2020 01:42 PM
Ko ni mmg suka kannn hina orang...mana ko tahu depa beli fon canggih xguna utk beli makanan?

tang mana yg aku hina org kat statement ni, cuba ko clarify? sbb aku cakap depa pemalas? sebab aku cakap suka disogok? sbb aku cakap beli hp canggih? tu semua statement hina ke?? cuba jawab, cuba jawab…—kalau itu yg ko kata aku menghina, aku rasa ko ni mmg bodoh tak reti bezakan hina dengan pendapat atau statement…aku rasa betul statement atau pendapat tu - pemalas, suka disogok dan sanggup ikat perut sbb nak beli gadget…
Quote gadget 7-9-2020 01:02 PM
takde org pun yg boleh merubah kita, melainkan diri kita sendiri...malaysia ni banyak aje peluang kalau pandai grab..tp kalau dah pemalas, suka disogok tu takleh nak buat apa lah...
Quote gadget 7-9-2020 01:03 PM
lagi satu, tak reti bersyukur...minyak naik harga kondem, tak dapat bantuan kerajaan kondem...mmg bodoh betul...betul kata tun, melayu pemalas, suka dimanjakan (dgn wang bantuan)
Quote TomyamPuteh 7-9-2020 01:07 PM
Sedapnya megi teloq.
Quote Nana_Man 7-9-2020 01:08 PM
bottombikini replied at 7-9-2020 12:32 PM
megi pun mahal okeh
iols nak beli pun tunggu promo


Si filipin tak sedar diri...bual english pun kadang aku tak leh faham.

Lihat semua komen(347)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 03:01 PM GMT+8 , Processed in 0.066502 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top