|
Seorang remaja bertindak kejam dengan memenggal kepala seorang lelaki gara -gara berselisih faham. Kejadian yang berlaku di daerah Dhading, wilayah Bagmati Pradesh di Nepal itu menyaksikan remaja berkenaan menyerah diri kepada polis dengan membawa kepala mangsa.
Mirror UK melaporkan, Raju Pariyar dari Khalchet, Nilkantha membawa kepala mangsa berusia 65 tahun yang berlumuran darah itu ke balai pada jam 1 pagi. Ketua Polis Daerah Dhading, Superintendan Rabindra Regmi berkata, suspek juga membawa sebilah pisau, dipercayai senjata yang digunakan untuk membunuh. "Polis sedang melakukan bedah siasat ke atas mangsa dan suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut."
Difahamkan, mangsa yang dikenali sebagai Som Bahadur Gurung itu adalah rakan sekampung Pariyar. -CARI |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 11:07 PM GMT+8 , Processed in 1.424784 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.