YouTuber mualaf sensasi dari Korea, Daud Kim akhirnya meminta maaf dan membuat penjelasan berhubung tuduhan merogol seorang wanita, baru-baru ini. Video berjudul 'I Am Sorry' yang dimuat naik 31 Ogos lalu mengejutkan peminatnya selepas beliau mengakui banyak melakukan perkara bertentangan Islam.
Katanya, dia sedar apa yang dilakukannya salah dan telah menghubungi mangsa untuk berbicara mengenainya. "Saya yang minum alkohol dan melakukan kejahatan, justeru menyebabkan mangsa trauma serta ketakutan selama lebih setahun. "Saya akan memohon ampun sepanjang hidup saya. Semua yang berlaku adalah salah saya dan mangsa menderita kerana perbuatan (gangguan) peminat saya," ujarnya. Malah, ada peminatnya membuat ancaman bunuh kepada mangsa dan rakannya. Sehubungan itu, Daud meminta peminat dan penyokongnya berhenti mengganggu dan menyalahkan mangsa.
"Tolong padam semua video, hantaran atau sebarang komen yang menyalahkan mereka. Saya bukan perwira yang layak dipertahankan, sebaliknya saya pendosa yang patut dipersalahkan," katanya yang turut berterima kasih kepada mereka yang berani mengkritik perbuatannya. Dalam masa sama, beliau meminta maaf kepada saudara muslim Korea yang berdepan prasangka buruk terhadap Islam di negara itu kerana perbuatannya mengeruhkan keadaan. Selain itu, Daud mengakui banyak melakukan perbuatan buruk sejak memeluk Islam termasuk minum alkohol, mengunjungi kelab malam dan berfoya-foya dengan wanita. Dedahnya, dia lebih memikirkan keseronokan menggunakan Islam untuk menghasilkan bahan bagi meraih keuntungan dari mendalami agama Islam. Bagaimanapun, masih ramai memberi galakan dan sokongan kepada Duad menerusi ruangan komen. - CARI
|
kaoru44: Tgok dkt channel yongsworld tu cter balik kes ni..Mmg nmpk daud salah sbnrnya..Kdg2 bnda kalau dh biasa sgt buat..lmbt cpt je nak kantoi..nak2 zmn skr ...
dua_chzy replied at 8-9-2020 12:53 PM
Soal baru ka lama ka kenal Islam rasanya bukan isu utama di sini. If ko memang baik, baiklah ngk ...
MissVixen replied at 8-9-2020 01:02 PM
Penunggang agama kpop. Ada yang kata dia ni dah kahwin dan ada anak seorang. Anak sendiri pun diabai ...
MeghanK replied at 8-9-2020 01:56 PM
ramai so called korean muslim pakat buat channel dengan title 'korean muslim do this, do that' .. pa ...
anilanil replied at 8-9-2020 02:11 PM
Everybody deserve a second chance. Maybe dulu dia jahat, kaki minum, kaki celup, amik kesempatan bua ...
diazzaid replied at 8-9-2020 02:15 PM
channel Cream Heroes kah sis?
ADVERTISEMENT