Seorang anak yang sedang angau bercinta sanggup membunuh ibunya.
Kejadian itu menyaksikan gadis yang juga orang kurang upaya pendengaran itu tergamak membunuh hanya kerana ibunya tidak merestui hubungannya dengan teman lelakinya yang pekak. Gulf News melaporkan, tragedi tersebut berlaku di bandar Iqbal, Lahore pada 22 Ogos lepas. Mangsa yang dikenali sebagai Bismillah Bibi, 48 maut selepas ditikan dan dipukul oleh anak dan teman lelakinya. Pada hari kejadian, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menyaksikan anaknya, Fajar dan teman lelakinya, Azeem dilihat berada berhampiran rumah mangsa.
Pasangan itu dilihat menaiki motosikan dalam keadaan tergesa-gesa. Semasa disiasat polis, pasangan tersebut akhirnya mengaku membunuh mangsa. Fajar juga mendedahkan yang ibunya tidak bersetuju dia berkahwin dengan Azeem. -CARI
|
ADVERTISEMENT