Norma baru berikutan pandemik Covid-19 membuat orang ramai lebih peka soal kebersihan diri. Berikutan itu, penyanyi Indonesia, Syahrini seperti dipetik Liputan6 mendedahkan dia dan suami, Reino Barack lebih kerap mandi kebelakangan ini.
Dalam temu bual bersama program SCTV baru-baru ini, Syahrini berkata demikian ketika menjawab persoalan 'Siapa paling kerap mandi di rumah' yang diutarakan Raffi Ahmad. "Kami berdua sama kerap mandi kerana sekarang lagi pandemik! Kemana-mana pergi, kami akan mandi kerana takut. Belum kering dah mandi lagi," katanya yang mengundang tawa Raffi. Jangan alpa, kita masih belum menang! - CARI
|
Beribear replied at 9-9-2020 12:30 PM
Haha ngek ohh incess ni
Beribear: Haha ngek ohh incess ni
ADVERTISEMENT