Remaja lelaki mengalami kejadian aneh dan misteri apabila mendakwa dipatuk ular sama sebanyak lapan kali dalam masa sebulan. Memetik Times Now News, kejadian berlaku di kampung Rampur di daerah Basti, Pradesh.
Sering 'menjadi sasaran' ular menyebabkan Yashraj Mishra, 17, beberapa kali dimasukkan ke hospital hingga mentalnya terganggu. Malah, keluarganya juga ada mendapatkan bantuan penjinak ular di kampung berkenaan untuk mendapatkan bantuan. "Selepas dipatuk kali ketiga, saya menghantar anak saya ke rumah saudara saya, Ramji Shukla di Kampung Bahadurpur. "Beberapa hari kemudian, anak saya melihat ular sama berhampiran rumah berkenaan sebelum dipatuk sekali lagi dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan," kata bapa Yashraj, Chandramauli Mishra. Keluarga remaja itu mendakwa, kali terakhir dia diserang reptilia itu adalah pada 25 Ogos lalu.
"Kami tak faham mengapa ular itu menyasarkan Yashraj hingga menyebabkan mentalnya terganggu kerana ketakutan terhadap ular. "Semua usaha dilakukan untuk menangkap ular itu termasuk melakukan ritual juga menemui jalan buntu," katanya. - CARI
|
MissVixen: Orang tua2 cakap kalau bunuh ular tedung kena bunuh dua ekor sekali. Jika tak dapat seekor lagi, bangkai yang pertama kena buang jauh2. Kalau tak pasa ...
ADVERTISEMENT