Jenazah Sandra Dianne akan dibawa pulang ke Sabah untuk dikebumikan di kampung halamannya di Kg Kauluan, Tuaran. Jurucakap Sony Music Entertainment Malaysia, Veea Norman, berkata,
"Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin mengesahkan Sandra Dianne meninggal dunia pada hari ini, 11 September 2020 pada jam 1 pagi di Hospital Putrajaya. "Jenazah akan dibawa pulang ke Sabah dan akan dikebumikan di Kg. Kauluan, Tuaran. "Pihak keluarga Sandra memohon untuk semua mendoakan agar segala urusan pengebumian dipermudahkan dan memohon maaf bagi pihaknya jika ada salah dan silap. Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah." Penyanyi ini meninggal dunia pada jam 1 pagi, Jumaat di Hospital Putrajaya selepas koma dan kritikal akibat kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) berhampiran Subang Jaya Sabtu leoas. Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, Sandra dan sepupu dalam perjalanan ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk latihan penuh konsert Big Stage. -CARI
|
bondeh: Dalam banyak2 komen kat ig arwah, komen Farisha terus buat meolls nangis masa tunggu bas kat bus stop tadi g kerja.....
bondeh replied at 11-9-2020 10:54 AM
Dalam banyak2 komen kat ig arwah, komen Farisha terus buat meolls nangis masa tunggu bas kat bus sto ...
haruslah replied at 11-9-2020 01:01 PM
Semoga dipermudahkan urusan
Arwah drive sorang ke masa kejadian?
lotionmilo replied at 11-9-2020 01:05 PM
Dengan cousin.cousin patah tangan tak silap
zehra2 replied at 11-9-2020 12:12 PM
yg dia tulis rehat sayang tu ke
Nenasketum replied at 11-9-2020 11:56 AM
Islam ke dia? If bukan, RIP...
ADVERTISEMENT