"Jangan mudah menaruh harapan kepada seseorang dengan hanya melihat status islamiknya." Demikian pesanan Betty Banafe,41, supaya wanita tidak memilih lelaki yang hanya berpura-pura menarik perhatian mereka dengan posting ilmiah dan gambar di laman sosialnya.
“Apatah lagi video yang nampak gerak gerinya. Kadang itu tipu daya yang boleh disunting dan dilakonkan semata mata. Nak bercinta biar kenal hati budi,” katanya di Instagram seperti dipetik Gempak. Tidak hanya untuk wanita, Betty juga menitip pesanan buat kaum Adam supaya tidak mempermainkan hati dan perasaan kaum Hawa dengan memberi harapan palsu. “Wahai lelaki, jangan membuat seorang wanita nyaman jika niatnya hanya ingin berteman. Dan jangan membuat seorang wanita jatuh cinta jika tak ada niat untuk menikahinya.
“Wahai wanita, jangan terlalu mudah percaya oleh pujuk rayu dan janji manis seseorang. Ingatlah, yang berkilau itu belum tentu emas,” ujarnya. Betty berkahwin dengan Bruce Dargus 8 Disember 2012 sebelum bercerai pada 10 Julai 2019 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Julia Claire Dargus dan Bruce Dean Dargus. - CARI
|
lattehazelnut replied at 11-9-2020 01:30 PM
Yes sis agree..
Pompuan pun sama jugak lah sebenarnye..
JibboTheCat replied at 11-9-2020 08:54 AM
betul sangat2 betul. iols pun ada kenal org mcm ni. kt fb pos islamik kalah ostad. tapi hakikatnya f ...
ADVERTISEMENT