Seorang lelaki menyimpan patung bersaiz manusia mirip dengan mendiang isterinya. Lelaki dari India yang dikenali sebagai Sethuraman, 74 itu katanya sukar meneruskan kehidupan seleas kematian S.Pichaimani, 67 akibat serangan jantung ogos lepas.
India Times melaporkan, kehadiran patung tersebut dapat membantu mengisi kekosongan dalam dirinya. Sethuraman juga mendedahkan patung tersebut mengambil masa selama 25 hari untuk disiapkan. "Saya baru kehilangan isteri. Apabila saya pandang pating ini, saya rasa dapat berhubung dengannya. "Sewaktu saya ada masalah kewangan, isteri sentiasa ada dengan saya. Dia ibarat rakan baik saya," katanya.
Sethuranam mempunyai tiga anak namun mereka sudah berkahwin dan tinggal berasingan. Dalam masa yang sama lelaki ini berkata dia akan sentiasa mengenang tempoh 48 tahun sepanjang hidup bersama isterinya. -CARI
|
sharlenetexas: Berapa banyak thread patung ni?
Belibis replied at 13-9-2020 11:11 AM
Tak boleh lawan pakcik yg dulu.naik rumah baru dengan patung bini jugak.
helicornia replied at 13-9-2020 12:56 PM
bukan dah ada ke citer ni dalam.cari?apo wartawan cari ni??
ADVERTISEMENT