|
Pertengkaran pasangan suami isteri menyebabkan anak perempuan mereka meninggal dunia selepas budak berusia tiga tahun itu dihempas ke lantai oleh bapanya. Memetik NDTV, kejadian berlaku sekitar jam 9.30 pagi pada Ahad di rumah mereka di kampung Barola, Noida di Uttar Pradesh.
Dalam kejadian, ibu mangsa, Renu turut cedera dibelasah suspek. Menurut jurucakap polis Ranvijay Singh, anggota yang tiba di lokasi mendapati kanak-kanak berkenaan sudah meninggal dunia, manakala ibunya cedera sebelum mereka dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut. "Jiran dan penduduk setempat mendedahkan bahawa lelaki berkenaan seorang kaki mabuk dan sering bergaduh dengan isterinya," katanya. Difahamkan, suspek dikenali sebagai Amit cuba menyembunyikan perkara sebenar dengan memaklumkan keluarga isterinya bahawa kanak-kanak itu meninggal dunia disebabkan perkara lain.
Polis kini giat memburu suspek yang melarikan diri. - CARI
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
14-2-2026 09:10 PM GMT+8 , Processed in 0.053737 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.