CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cinta Mati Nak 'Ikut' Suami Tak Kesampaian

15-9-2020 08:21 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3928| Komen: 7

Seorang wanita terjun dari balknoni sebuah pusat beli-belah dengan niat mahu 'bertemu' suaminya.

Mirror melaporkan, suaminya berusia 32 tahun itu dipercayai membunuh diri selepas ditemui keracunan di dalam keretanya yang terbabit kemalangan pada Rabu, selepas dua minggu perkahwinan mereka.



Gambar hiasan

Lelaki itu meninggalkan sekeping nota bunuh diri yang menyalahkan dua jurutera dari majlis perbandaran tempatan dan mendakwa menerima gangguan di tempat kerjanya.

Sementara itu, wanita berkenaan yang merupakan pelajar jurusan perubatan berusia 20-an meninggalkan nota yang memaklumkan mahu 'bertemu' suaminya sebelum terjun dari balkoni sebuah pusat beli-belah di Indore, India pada pagi Jumaat (waktu tempatan).

Bagaimanapun, mangsa terselamat dan menerima rawatan di hospital akibat kecederaan parah di kepala dan kedua-dua kakinya.

Difahamkan, selepas kematian suaminya, bapa wanita itu datang untuk membawanya pulang ke rumah keluarganya di Faridabad. Dua beranak itu kemudian menginap di sebuah hotel sementara menunggu penerbangan mereka yang dijadualkan pada tengah hari Jumaat.

Namun, wanita itu meninggalkan hotel dan memberitahu bapanya bahawa dia ingin keluar minum sebelum ke pusat beli-belah berkenaan kira-kira enam kilometer dari hotel mereka, sebelum cuba membunuh diri.

Berikutan kejadian, polis melancarkan siasatan terhadap dua jurutera yang disebut di dalam nota bunuh diri suaminya serta seorang lagi individu yang dipercayai mendorongnya membunuh diri.

Bagaimanapun, setakat ini polis belum membuat sebarang penahanan. - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 15-9-2020 09:46 AM
Cedera parah kat kepala.. Aku rasa kesian.. Kalau selamat belum tentu dia normal
Quote ais_kosong 15-9-2020 09:50 AM
Kenapa la cetek sangat pemikiran.
Quote husna_amal 15-9-2020 09:58 AM
Bagi diorang kalau mati habis segala penderitaan. Tak fikir langsung orang sekeliling mereka pun.
Quote sukacactus 15-9-2020 11:45 AM
Hurmmm xtau apa nak ckp
Ni mmg cinta mati
Sorang mati, sorang lg terus mati jiwa
Quote miemiecha 15-9-2020 12:26 PM
laki dia lupa tulis ke yg dia salah satu sebab laki dia bunuh diri...

larikkkkkk..
xlulus permohonan bunuh diri..
x kesampaian cinta mati kononnya tu
Quote TomyamPuteh 15-9-2020 01:02 PM
So dh 'bersama belum' belom?
Quote lattehazelnut 15-9-2020 01:08 PM
Ke dia yg bunuh suami.. budak study perubatan, xkan la fail bunuh diri dengan sengaja..

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 06:33 PM GMT+8 , Processed in 0.059993 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top