|
Lelaki di Pakistan menembak mati kakaknya kerana tidak tahan melihat wanita itu berkahwin kali keenam. Gulf News melaporkan seperti dipetik Harian Metro, Abdullah Hashim, 22, bertindak demikian kerana mangsa, 30, mencemar nama baik keluarga dengan perbuatannya yang sering berkahwin.
Perbuatan Abdullah terbongkar apabila suami Nighat Parveen, Waseem Amjad membuat laporan bahawa isterinya diculik pada 17 Ogos. Selepas disiasat, polis mendapati lokasi terakhir mangsa adalah di rumah keluarganya. Sementara itu, ahli keluarga pula mendakwa Nighat pergi ke Islamabad bersama rakannya. Berikutan itu, Abdullah disoal siasat polis sebelum mengakui membunuh kakaknya ketika mangsa pulang ke rumah ibu bapanya. Katanya, wanita itu dikurungnya di sebuah bilik sebelum ditembak mati kerana berang telah mencemar nama keluarga sejak lapan tahun lalu apabila perkahwinannya sering gagal. - CARI
|

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-2-2026 12:47 AM GMT+8 , Processed in 0.119754 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.