CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sanggup Tinggal BF Untuk Sambut Ulang Tahun Pertama Perkahwinan Dengan Pokok

16-9-2020 01:15 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 6907| Komen: 27|Original author: Oleh: Cari-Azza



Jika sebelum ini kita disajikan dengan berita individu berkahwin dengan patung, namun kali ini lebih pelik apabila seorang ibu dua anak di United Kingdom berkahwin dengan pokok.


Perkahwinan yang dilangsungkan pada 9 September tahun lalu kini genap setahun. Maka, Kate Cunningham, 34, meraikan ulang tahun pertamanya dengan pokok tertua di Rimrose Valley Country Park di Sefton, Merseyside dalam acara sederhana, lapor Daily Star.


Foto : Daily Star


Malah, Kate sanggup meninggalkan teman lelaki di rumah semata-mata untuk meraikan hari bersejarah itu.

"Teman lelaki amat menyokong keputusan saya. Malahan dia juga menolong saya menyiapkan majlis ini."

Menukar namanya kepada Elder apabila 'bersatu' dengan pokok tersebut, bekas guru itu berkata, mengahwini pokok berkenaan adalah keputusan terbaik dalam hidupnya meskipun anak lelakinya malu dengan tindakannya.

"Pada mulanya dia malu, tetapi kemudiannya dia tetap datang meraikan sama. Ia sangat bermakna buat saya."


Foto : Daily Start


Menurutnya lagi, dia mendapat inspirasi berkahwin dengan pokok selepas mencontohi tindakan seorang aktivis wanita di Mexico untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pembalakan dan pembukaan tanah haram.


"Saya bersama ribuan orang lain pernah memprotes apabila mendengar kemungkinan pokok tersebut ditebang bagi tujuan membina lebuh raya, namun ia tidak cukup menarik perhatian pihak berkuasa. Mungkin ini cara terbaik."


Foto : Global Print

Mungkin niat Kate baik, namun dengan ungkapan berkahwin membuatkan ramai pihak memandang serong. Eh, Macam-macam lah! - CARI


Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • dambidumbo

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 16-9-2020 01:24 PM
Apa yg ko pikirkan acik oi.. x berakar plak bawah tu..
Quote sarah82 16-9-2020 01:32 PM
Aku ni kekadang biru sikit otak..tak ka namanya curang.. Nikah dgn pokok tapi bersedap dgn bf manusia
Quote lattehazelnut 16-9-2020 01:45 PM
Nyampah aktivis alam sekitar ni.. sama dgn vegan..
Ntah lah perangai xmasuk akal kadang2..
Quote jazaa100 16-9-2020 02:03 PM
Makin hari makin ramai yg mental......

Tgok kat porum ni pun kita blh kesan.....

Quote Kurex 16-9-2020 02:23 PM
Gesek dekat kulit pokok kah?
Quote Belibis 16-9-2020 02:56 PM
Bukan melecet lagi..harus la koyak rabak
Quote nazzse 16-9-2020 02:56 PM
jazaa100 replied at 16-9-2020 06:03 AM
Makin hari makin ramai yg mental......

Tgok kat porum ni pun kita blh kesan.....

Hahaha setepek kaka bagi  
Quote NekNgah 16-9-2020 03:16 PM
sarah82 replied at 16-9-2020 01:32 PM
Aku ni kekadang biru sikit otak..tak ka namanya curang.. Nikah dgn pokok tapi bersedap dgn bf manusi ...

Kerana pokok tidak dapat memenuhi keperluan batin.
Quote sarah82 16-9-2020 03:24 PM
NekNgah replied at 16-9-2020 03:16 PM
Kerana pokok tidak dapat memenuhi keperluan batin.

Hahaha.. Betul nekngah
Quote TomyamPuteh 16-9-2020 04:23 PM
nk tumpang gelak gn kepelikan manusia
Quote Knowlee 16-9-2020 04:26 PM
Esok esok pokok tu kena panah petir, terbakar.
Quote Meiizu 16-9-2020 05:32 PM
Tak dapat faraid
Quote mh17 16-9-2020 06:42 PM
Lapaq viral ni,ummah kokesen pun masih di bwh tmpurung
Quote Rara77 16-9-2020 07:12 PM
Sadisnya hidup
Quote Rara77 16-9-2020 07:12 PM
Sadisnya hidup
Quote cikmi 16-9-2020 07:15 PM
kawin dgn penunggu pokok tu..kalau kat malaysia sah2 kait dgn misteri nusantara dh
Quote Potato_kering 16-9-2020 09:09 PM
Aik. Cikgu pn biol
Quote buapakperut 17-9-2020 12:20 AM
kesian mental ,tapi bagusla mental2 tak sakitkan org
Quote akakmasihvogue 17-9-2020 04:15 AM
Pokok kat malaysia lagi hebat...boleh memimpin iaitu pokok petai

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 05:38 PM GMT+8 , Processed in 0.542346 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top