CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dibunuh, Ditanam Ibu Bapa Sebab Lembab Belajar Online

16-9-2020 12:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7078| Komen: 33

Kanak-kanak berusia lapan tahun maut didera ibunya hanya kerana dia sukar memahami pelajaran secara dalam talian.

Lapor Kompas seperti dipetik Harian Metro, kejadian berlaku di kediaman mereka di Larangan, Kota Tangerang pada 26 Ogos lalu.


Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Lebak, David Adhi Kusuma, suspek berusia 26 tahun itu mengaku membunuh anaknya kerana berang mangsa sukar memahami ajaran gurunya ketika sesi pembelajaran dalam talian.


Gambar hiasan

"Ketika kejadian, mangsa menyiapkan kerja sekolahnya secara dalam talian sebelum suspek mula menganiaya dengan mencubit serta memukul menggunakan penyapu.

"Akibat penderaan itu, mangsa tersungkur dan sesak nafas, namun wanita itu tidak berhenti setakat itu, sebaliknya memukul lagi belakang kepala anaknya sebanyak tiga kali," katanya.

Suspek dimarahi suaminya apabila lelaki itu mengetahui perbuatan isterinya sebelum membawa mangsa keluar untuk mengambil udara segar bagi memulihkan masalah sesak nafas dialaminya.


Malangnya, kanak-kanak itu meninggal dunia dalam perjalanan menyebabkan pasangan terbabit panik, lalu menanam sendiri mayat mangsa dengan berpakaian lengkap di Gunung Kendeng.


Kredit foto: Kompas

Bagaimanapun, perbuatan mereka terbongkar dua minggu kemudian selepas penduduk setempat curiga dengan kemunculan kubur baharu. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ashilalat 16-9-2020 12:44 PM
Indon kah?
Quote kroit92 16-9-2020 12:55 PM
kesiannya adik ni..
Quote sukacactus 16-9-2020 01:05 PM
Kenapa la mak dia tergamak buat camtu
Dia xtau ke kalau ank dia xpandai, tindakan dia laki bini tu lebih bodoh berganda2
Elok la ank dia meninggal, moga xde ank lain lg
Xlayak pun jd parents
Quote zuuu 16-9-2020 01:19 PM
Tekejut aq baca,ingatkn kt seberang rupanya di malaysia kah...
Quote RatuDunia94 16-9-2020 01:26 PM
zuuu: Tekejut aq baca,ingatkn kt seberang rupanya di malaysia kah...


Tak tahu plak Tanggerang tu kat Malaysia..{:smile
Quote umbut 16-9-2020 01:28 PM
Ntah2 lum mati... ko panik terus tanam budak tu
Quote umbut 16-9-2020 01:29 PM
zuuu replied at 16-9-2020 01:19 PM
Tekejut aq baca,ingatkn kt seberang rupanya di malaysia kah...

Indon... lapor kompas pakk
Quote allshares 16-9-2020 01:32 PM
Jahatnya hati seorg ibu, mmg x suka anak sedari azali ke? Rasa anak menyusahkan?
Quote Kurex 16-9-2020 02:20 PM
Leluhur kan......
Quote tikusmontok 16-9-2020 02:32 PM
Berentilah membiak
Quote lonely_surina 16-9-2020 02:35 PM
belajar secara online diusia kecil ssh sebenarnya..
kalo kat uni tu lain cerita, neh sekolah rendah n menengah mmg TERasa ssh juga kalo parent pun mmg tak familiar dgn pembelajaran  secara online neh..

bukan semua kanak2 mampu nak hadap gini..
tah laa..

Quote clarizsa 16-9-2020 03:06 PM
Hadoiiiiii
I faham mmg akan rasa marah bila anak tak faham pelajaran , tapi rasa marah tu bila kita lupa itu anak kita yg masih kecik , mestilah dia tak faham sama macam kita
Dan tak boleh banding juga dgn anak org lain

Ajar anak ni kena sabar dan kreatif
Ikut amarah mmg mati lah anak tu dikerjakan mentang2 budak kecik tak berdaya melawan

Sedihlah i
Quote misssakura 16-9-2020 03:20 PM
dah kau tak pandai memang la genetik turun dekat anak. bodoh lahai. patut tanam diri sendiri dulu.
Quote Nenolen 16-9-2020 03:48 PM
Sialannnn...emo kaka tau...bdk tu kecik lagi kut...kalau anak tak pandai jgn salahkan anak...dna ko yg tak pandai tu kan turun ke anak...asuh dan ajar la pelan2...nak pandai bukan keje satu mlm...benci kaka mak pak mcm nie tau
Quote Knowlee 16-9-2020 04:29 PM
Mak mental retarded.
Quote TomyamPuteh 16-9-2020 04:29 PM
Mana ada manusia lahir2 trus pndai
Quote KBW2 16-9-2020 05:47 PM
Rupanya yang mati kena dera ni anak perempuan dan ada saudara kembar.

Derang siap bawak saudara kembar ni buat laporan polis dan suruh si kembar ni buat keterangan pelesu kononnya si mati hilang masa tengah main.

https://regional.kompas.com/read ... -video-ucapan-ultah


Siap propa buat video ucap selamat ulangtahun.

Quote pearl.silver 16-9-2020 07:17 PM
sukacactus replied at 16-9-2020 01:05 PM
Kenapa la mak dia tergamak buat camtu
Dia xtau ke kalau ank dia xpandai, tindakan dia laki bini tu  ...

Mmg ada org gini
Dia tau ank lembam,kt sekolah pun masuk kelas khas yg x utamakan akademik pun
Balik umah mak dok maki dia sbb xpandai2 lg membaca, malas baca buku la
Quote pooh~key 16-9-2020 08:35 PM
zuuu: Tekejut aq baca,ingatkn kt seberang rupanya di malaysia kah...


Jari akak dah ringan jah nak bodohkan kau sister.... tapi akak stay cool stay calm sebegitu sis.

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 05:51 PM GMT+8 , Processed in 0.166678 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top