Sebelum ini tular kisah denda berbaring di dalam keranda akibat ingkar arahan memakai pelitup mula. Kali ini, penduduk di selatan Jawa, Indonesia didenda menggali kubur atas kesalahan yang sama.
Akhbar tempatan melaporkan, dalam kejadian terbaharu, lapan orang pesalah dipaksa menggali kubur di sebuah tanah perkuburan yang terletak di Kampung Bgabetan. Ketua Daerah Cerme, Suyono berkata, "Terdapat tiga orang penggali kubur sahaja pada waktu ini jadi saya fikir untuk arahkan mereka bekerja bersama. Harapnya ia bleh mencegah mereka melakukan kesalahan yang sama lagi." Difahamkan, kes Covid-19 di daerah berkenaan terus meningkat.
Setakat ini, Indonesia mencatatkan lebih 125,000 kes secara keseluruhan. -CARI |
ADVERTISEMENT