CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Pun Tak Kerja, Tapi Ada Yang Minta Pinjam Sampai 50k"- Abby Abadi

19-9-2020 11:44 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 17046| Komen: 64|Original author: Oleh: Cari-Azza




"Jangan minta-minta pinjam duit 10K, 20K, 50K sebab saya pun tak kerja, takda gaji ya."

Selebriti Abby Abadi meluahkan kekesalannya terhadap sikap segelintir individu yang suka meminta-minta untuk meminjam duit daripadanya. 

Dia menyatakannya di Instagram Story bahawa bakal peminjam tersebut mahu mendapatkan jumlah wang yang agak banyak bermula dari RM10,000 hingga RM50,000, sedangkan dia sendiri tidak bekerja.


Foto : IG

Tidak dinyatakan gerangan individu tersebut sama ada dari kalangan pengikut di Instagram atau pun mereka yang dikenalinya. Bagi Abby, tidak perlu merayu atau memberikan bukti dengan lampiran kad pengenalan semata-mata untuk menyakinkan dirinya.


"Cukuplah merayu, siap nak bagi Copy IC bagai. Saya memang tak boleh tolong, harap maaf ya."



Dengan meletakkan kata-kata "Kerja Keras Untuk Hidup" sudah jelas menyatakan yang Abby bekerja keras untuk menampung kehidupannya sekeluarga. Jadi, mengapa ada yang mudah untuk meminjam sebegitu rupa?



Menjengah laman Instagramnya, dapat dilihat Abby gigih berniaga pelbagai barangan seperti hijab mask, penutup kaca kek, rempenyek, susu dan busananya. Jadi, di kala dia sibuk mencari rezeki, ada pula yang mudah-mudah mahu meminjam?


Foto : IG

Begitulah asam resam dunia. Orang cuma memandang apa yang dimiliki sekarang, tetapi tidak mengetahui perjalanan ke arah itu. Semoga Abby sekeluarga sentiasa murah rezeki. - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 19-9-2020 11:50 AM
Sukati je nak pinjam duit puluh ribu...
Quote Afie13 19-9-2020 12:10 PM
Org tu kerja letih2 mcm2 jual brg nk cari duit tapi org lain senang2 je duk dm mntak pinjam duit x malu betul muka yg duk mntk pinjam duit tu. Kalu xde duit sgt keluar lah cari kerja oiii. Nmpk org mewah sikit je ingat banyak duit mcm x habis mkn siap mintk salinan ic tu
Quote Lailerthee 19-9-2020 12:14 PM
I is fobia dgn org y nk pinjam duit ni. Ada tu pinjam duit 3k dgn i nk khwen jnji setiap bln byr sikit2 sampai da 2tahun khwen anak sorg hapak 1sen xbayar. Baru2 ni buat loan jnji mcm2 nk byr hutang la ap laa last2 xd jugak. Phuih sgt perangai
Quote gigahertz 19-9-2020 12:28 PM
Lailerthee: I is fobia dgn org y nk pinjam duit ni. Ada tu pinjam duit 3k dgn i nk khwen jnji setiap bln byr sikit2 sampai da 2tahun khwen anak sorg hapak 1sen xb ...

thats why i kawan tak banyak. Ada sorang tu member sekolah. Masa sekolah tu dia budak sains. I budak tasawwuf. Masa tu i ingat bila dia dah graduate mesti jadi lawyer ke peguam ke doktor ke.
Tetiba dia jadi penjual insuran. Lepas berenti insuran dia jadi grab driver. Dia minta i tolong jadi gurantor dia.

I is ok je. Sebab nama bini dia ada sekali.
Quote opie5662 19-9-2020 12:49 PM
Alaaaa yebby... Ko tu pon ape kurang nye. Nk buat kenduri or jamuan besar2 an.... Hujung2 mintak sponsor....
Quote ila.ali 19-9-2020 12:51 PM
mak aihh..ingat org ni bank ke apa..nak pinjam banyak2 gitu, pinjam la dengan bank..ni nampak ngat tak nak bayar..sebab tu nak pinjam dengan org..kalau rasa hidup susah sangat, gi jual nasi lemak ke, goreng pisang ke, jaja dari rumah ke rumah..ubah lifestyle..down grade kan sikit level korg tu..kalau dulu mampu sewa kondo, now sewa la low cost apartment atau rumah flat..kalau dulu duk city centre, now duk la suburb area..dulu pakai kete H, now guna la public transport..mora dah nak abis ni..siap2 la nak pindah keluar dan kete kena tarik ye..semoga bertabah..
Quote tagas 19-9-2020 01:18 PM
pinjam bank rakyat laaa

sy musti pileyyy
Quote noell 19-9-2020 01:22 PM
gigahertz replied at 19-9-2020 12:28 PM
thats why i kawan tak banyak. Ada sorang tu member sekolah. Masa sekolah tu dia budak sains. I bud ...

tahniah la jadi quarantor org...abg ipaq aku sampai meninggal kena kejar dgn bank pasai jd quarantor org tak bayaq...bukan sorang tau...arwah sgt baik dgn kawan2 sanggup jd quarantor...last2 hampehsiap la dlm kuboq pakat jawab la sorang skit
Quote cruz2 19-9-2020 01:22 PM
True story ke semata2 marketing sajork?btw mask tu kat lazada berganda murahnya.tp retis jualkan so fans sila la support
Quote CitySity 19-9-2020 01:28 PM
Kita boleh pinjam dia org kalau betul-betul berlaku kecemasan. Tapi , ramai yg meminjam duit kerana teruk dalam rancangan peribadi mereka.
Quote kiah_mai_pulak 19-9-2020 01:41 PM
content bodoh mcm ni pun kau masuk bod gosip ke @cari-azza?
Quote imransulaiman 19-9-2020 01:58 PM
Kalau aku jumlahkan wang yang dipinjam oleh beberapa individu dari aku, dah lebih 10K {:cryrun

Quote sukacactus 19-9-2020 02:55 PM
Ikut la falsafah laki aku, jangan berhutang dgn org dgn bank xpe
Quote Joysparta 19-9-2020 02:57 PM
Masa nak pinjam..janji bulan bintang
Masa nak bayar..senyap sunyi..buat keras dia..
Lagi sakit hati dpt tau peminjam beli aset n  sakan bercuti sana sini..hutang org buat lupa lak nak bayor..

Merah je mata aku nengoknya..
Quote luvcomot87 19-9-2020 03:34 PM
Org igt abby duit byk kot sbb aritu operate usus die dh berapa ribu.. rumah die pn boleh tahan besar kalau tgk kt IG,mngkin la buat loan kan.. tp org igt kaya lah
Quote gigahertz 19-9-2020 03:36 PM
noell replied at 19-9-2020 05:22 AM
tahniah la jadi quarantor org...abg ipaq aku sampai meninggal kena kejar dgn bank pasai jd quarant ...

Dont worry bini dia keje tetap. Rumah mak bapak dia tak sampai 1km dari rumah i . Mak bapak dia tak tau. Ini bukan dengan bank.
Quote RatuDunia94 19-9-2020 03:36 PM
luvcomot87 replied at 19-9-2020 03:34 PM
Org igt abby duit byk kot sbb aritu operate usus die dh berapa ribu.. rumah die pn boleh tahan besar ...

Iols percaya sheols memang berduit pun.. ig review je dah berapa.. tp ye lah ayat tu ayat kiasan x nk bg pinjam..
Quote lavendernovella 19-9-2020 03:37 PM
Jap, mengaku tak bekerja tapi berniaga. {:question
Definisi baru ker? {:question
Quote piahsemah 19-9-2020 03:40 PM
Kaya jugaak abby ni
Rumah mewah
Jln merata
Buat majlis pun mewah
Rumah sewa ker sendri
Apa income dia eh,jual peyek jer ker
Nampak kaya abby ni
Tp iols rimas family ni,x rengsa ker asyik ngekor ex ko

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 11:01 AM GMT+8 , Processed in 0.042034 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top