|
Wanita ditahan selepas didakwa menggigit buah zakar seorang lelaki dalam satu kejadian di Brazil. Daily Mail melaporkan, wanita dikenali sebagai Bruna itu mengaku melakukannya atas alasan mempertahankan diri kerana mendakwa lelaki itu, Pedro cuba memperkosanya pada 5 September.
Dakwa wanita itu, Bruna yang juga jirannya memecah masuk ke bilik tidurnya di Miguel Alves ketika dia dan teman lelaki sedang tidur. Katanya, lelaki bogel itu mengasarinya dengan menarik rambutnya sebelum cuba memperkosanya. Bagi mempertahankan diri daripada menjadi mangsa kerakusan lelaki berkenaan, Bruna menggigitnya dua kali dan mengakui tidak menyedari bahawa bahagian tubuh yang digigitnya itu adalah buah zakar suspek.
Sementara itu, media tempatan yang melaporkan mengenai kejadian tidak menolak kemungkinan suspek menyerang mangsa akibat cemburu. Bagaimanapun, wanita itu menafikan pernah menjalin hubungan dengan lelaki terbabit. Berikutan kejadian, suspek dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan, namun doktor gagal menyambung semula buah zakarnya yang putus. Sejurus kejadian, polis melakukan siasatan selepas menerima aduan daripada kakak suspek beberapa hari kemudian. - CARI
|

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
15-2-2026 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.049091 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.