|
Lelaki berusia 48 tahun ditahan selepas disyaki cuba membunuh anaknya berusia 13 tahun yang juga orang kurang upaya (OKU). Menurut Japan Today yang memetik laporan Sankei Shimbun, kejadian berlaku jam 9.15 pagi pada Jumaat (waktu tempatan) di kediaman mereka di Mibu, Tochigi.
Hiromi Hosoi mengaku cuba membunuh mangsa dengan mencekiknya kerana sudah tidak sanggup menjaga anaknya yang mengalami masalah kesihatan mental. Kata sumber polis, mangsa berjaya melepaskan diri daripada cengkaman bapanya dan melarikan diri dari rumah berkenaan sebelum meminta bantuan jiran yang kemudian menghubungi talian kecemasan. Difahamkan, kejadian menyebabkan mangsa mengalami kecederaan ringan di lehernya. - CARI
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.424066 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.