Seorang wanita ditahan selepas melakukan cubaan membunuh kenalannya berusia 70-an dengan busur silang di Nagano. Berikutan itu, wanita yang juga penganggur berusia 28 tahun terbabit akan menjalani pemeriksaan mental bagi menentukan sama ada dia layak untuk dibicarakan.
Menurut laporan Sankei Shimbun, Natsumi Mizusawa akan menjalani pemeriksaan itu sehingga 19 Oktober sebelum diputuskan sama ada pendakwaan terhadapnya akan diteruskan. Natsumi yang ditahan pada 1 September lalu didakwa melepaskan panah ke arah warga emas itu ketika mangsa melawatnya di apartment wanita terbabit sekitar jam 4.15 petang pada 31 Ogos. Difahamkan, lelaki itu melarikan diri dengan menaiki kereta ke rumah rakannya selepas anak panah berkenaan menusuk ke lengan kanannya. Menurut polis, kedua-dua suspek dan mangsa pernah bertemu beberapa kali dan sebelum kejadian, lelaki itu ada memaklumkan kepada suspek bahawa dia akan mengunjunginya.
Polis bagaimanapun tidak mendedahkan hubungan suspek dan mangsa. - CARI
|
ADVERTISEMENT