CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Gambar-Gambar 12 Jam Sebelum Hukuman Mati Dijalankan Ke Atas Banduan Wanita

22-9-2020 11:29 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7673| Komen: 16



China memang terkenal dengan pelaksanaan hukumannya yang sangat tegas. Ini terbukti dengan komitmen undang-undang yang mereka miliki dan negara tersebut mampu mengurangkan peratus jenayah setiap tahun. 

Yang sering kita dengar adalah ketegasan kerajaan China dalam menguatkuasakan hukuman mati terhadap perasuah, ternyata hukuman ini mampu mengurangkan kadar rasuah di negara tersebut. Sepatutnya negara kita juga melaksanakan hukuman yang sama kerana rasuah yang berleluasalah akan menghancurkan sesebuah kerajaan.





Gambar-gambar ini menampilkan 12 jam detik terakhir perempuan warga China menjelang hukuman matinya. Perempuan ini terjerat kes dadah, kerana kesalahannya tersebut pihak mahkamah menjatuhkan hukuman tembak mati kepadanya.

Kelihatan dalam foto-foto ini, pada awalnya dia kelihatan tenang dan menerima semuanya dengan lapang dada termasuk harus merelakan sesuatu yang paling berharga dalam hidupnya iaitu nyawa untuk di akhiri oleh  penembak ketika hukuman mati. Perempuan ini sempat bergurau dengan rakan-rakannya dan menyampaikan beberapa mesej menjelang kematiannya.



Bagaimana kelihatan tenang pada mulanya, dia tetap manusia biasa yang pasti akan merasa ketakutan pada saat hukuman mati yang bakal dia tempuhi. Gambar-gambar terakhirnya menampakkan raut wajahnya agak tertekan dan ketakutan.

Sebuah pelajaran penting dapat kita ambil daripada peristiwa ini, berfikirlah seribu kali sebelum "berkawan" dengan najis dadah. Hukuman mati seperti ini bermula dari hal kecil, iaitu cuba-cuba menggunakan dadah dan akhirnya nyawa sendiri menjadi taruhan.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna - CARI






Bagus

Marah
1

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 22-9-2020 11:37 PM
Ni gamba2 lama lah...
Quote matbad 23-9-2020 12:00 AM
Lama pn takpa jd pengajaran utk semua..tak semua org dah tgk gmbar ni walaupn dah lama hihi
Quote CARI-HBZ 23-9-2020 12:08 AM



ya sebab tu peristiwa dunia...lagi pun ramai lagi tak baca rasanya?




Quote CARI-HBZ 23-9-2020 12:09 AM
matbad replied at 23-9-2020 12:00 AM
Lama pn takpa jd pengajaran utk semua..tak semua org dah tgk gmbar ni walaupn dah lama hihi



kan.betul sangat


Quote jazaa100 23-9-2020 12:18 AM
Dorang kan percaya lepas mati akn hidup semula dlm keadaan yg berbeza.....

Aku pernah baca cerita kt porum ni, ada sorang pesakit ni, tak sabar sabar tunggu nk mati...tetiap hari dia mekap cantik cantik tunggu saat mati
Quote Frank.Castle 23-9-2020 12:25 AM
jazaa100 replied at 23-9-2020 12:18 AM
Dorang kan percaya lepas mati akn hidup semula dlm keadaan yg berbeza.....

Aku pernah baca cerita ...




kita pun sama apa hidup balik kat padang masyar sana

tak rasa mati lagi memang lah macam tak sabar...cuba picit hidung 15 saat pun jadilah..tengok pedih tak pedih. azab mati ni raja segala kesakitan dik non  
Quote jazaa100 23-9-2020 06:39 AM
Edited by jazaa100 at 23-9-2020 06:40 AM
Frank.Castle replied at 23-9-2020 12:25 AM
kita pun sama apa hidup balik kat padang masyar sana

tak rasa mati lagi memang lah macam  ...


Kita akn di hitung amalan.....neraka dah tunggu...tu yg takut mati.....

Tapi dorang percaya dpt hidup lg sekali, tu yg excited sgt tu...kot lepas ni dpt hidup jadi org kaya ke....yg jahat kat dunia, bersedia lah jd katak ke....monyet ke  ..tapi masih dpt hidup lg....
Quote husna_amal 23-9-2020 10:21 AM
Kalau hukuman macam ni ada kat Malaysia dah ramai pesalah tunggu giliran untuk kena tembak.
Quote otai_g 23-9-2020 11:21 AM
Ntah2 dia teranianya. Bnyk kes mcm ni. Bkn susah sgt pun nak pedajal org. Ko letak ganja 1 kilo kat bonet kete org, da bye2.
Quote Artemesiaa 23-9-2020 03:58 PM
Cerita yang pastinya ramai tak tahu
Quote mizruncing 23-9-2020 04:33 PM
kat malaysia takde ke nk buat story pasal ni. nak tau jugak kes pasal banduan akhir ni. semua nk sorok. at least dapat la bukak sikit mata orang malaysia ni if nk lakukan jenayah
Quote TomyamPuteh 23-9-2020 07:12 PM
Mcm mana ye perasaan org yg dh tau bila dan di mana akn mati ni?
Quote CaqJora 23-9-2020 07:45 PM
Dulu ada sorang rakyat Malaysia dari Kelantan kan yg kena tangkap kat China sbb jd kedai dadah. Pun dijatuhkan hukum an mati juga. I wonder if she's still alive. Tak tahu lah nk kesian ke camne, sbb dia sebenarnya tahu apa yg dia buat tu. Sayang betul, belajar kat Uni, ada degree tp g buat keja gitu.
Quote Frank.Castle 23-9-2020 09:53 PM
jazaa100 replied at 23-9-2020 06:39 AM
Kita akn di hitung amalan.....neraka dah tunggu...tu yg takut mati.....

Tapi dorang percaya d ...



pulak dah.tak kan jadi katak
Quote jazaa100 24-9-2020 05:03 AM
mizruncing replied at 23-9-2020 04:33 PM
kat malaysia takde ke nk buat story pasal ni. nak tau jugak kes pasal banduan akhir ni. semua nk sor ...


Ada lahhh......

Dulu ada masuk tibi lg....panggil kuarga dia semua interview.....tapi muka dorang blurr kan lah.....

Kau yg tak tgok kata sorok pulakkk......
Quote puanbintang 29-9-2020 08:44 AM
harap dijauhkanlah dari benda2 macamni..

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.314172 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top