CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penjaga Ditahan Vakum Rambut Warga Emas

23-9-2020 02:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2290| Komen: 9


Seorang kakitangan di sebuah rumah penjagaan di Takamatsu, Kagawa, ditahan selepas disyaki menyerang warga emas berusia 86 tahun.

Japan Today melaporkan, lelaki berusia 41 tahun itu memvakum rambut seorang penghuni pada tahun lepas.



Gambar hiasan

Hiromi Takato yang ditahan pada Sabtu lalu (waktu tempatan) bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan.

Menurut polis, ketika kejadian pada April 2019, penjaga terbabit didakwa meletakkan pembersih vakum itu di kepala mangsa ketika mereka berada di kafeteria rumah penjagaan berkenaan menyebabkan sebahagian rambutnya disedut, namun wanita itu dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kejadian itu terungkap apabila pengendali rumah penjagaan berkenaan berunding dengan pihak berkuasa pada 18 September. 

Polis melaporkan, sejak itu mereka menerima aduan daripada penghuni lain yang mendakwa pernah dianiayai Takato. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 23-9-2020 03:37 PM
Dia vakum rambut tu sebab nak ikat rambut ke?
Iols ada tengok video yang laki tu nak ikat rambut anak dia..dia kasi vakum rambut tu..settle
Quote Artemesiaa 23-9-2020 03:42 PM
Stress mungkin rambut orang tua tu banyak gugur penat nak kerap vakum lantai.  Alang2 dah vakum lantai di vakum nya rambut atas kepala sekali nak bagi senang kerja.
Quote husna_amal 23-9-2020 04:00 PM
Ingatkan orang jepun ni berbuat baik pada orang tua. Layan kasar rupanya. Mungkin segelintir je sama macam orang negara lain.
Quote husna_amal 23-9-2020 04:03 PM
Ingatkan orang jepun ni berbuat baik pada orang tua. Layan kasar rupanya. Mungkin segelintir je sama macam orang negara lain.
Quote husna_amal 23-9-2020 04:12 PM
Ingatkan orang jepun ni berbuat baik pada orang tua. Layan kasar rupanya. Mungkin segelintir je sama macam orang negara lain.
Quote Meiizu 23-9-2020 04:49 PM
senang keje kot
Quote TomyamPuteh 23-9-2020 05:47 PM
Ke rambut org tua tu byk kutu? Mls nk pkai sikat kutu, vacum lg snang
Quote Kerexxx 24-9-2020 08:42 AM
husna_amal: Ingatkan orang jepun ni berbuat baik pada orang tua. Layan kasar rupanya. Mungkin segelintir je sama macam orang negara lain.


Ai ingat org2 jepun ni sempurna serba serbi..... tiada jenayah dan semuanya penuh disiplin... terkejut ai baca berita ni. Mungkin ni berita palsu kot
Quote QNQQ 8-10-2020 03:54 PM
Hahahahahaha

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 10:34 AM GMT+8 , Processed in 0.077587 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top