CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Naya Pak Karim" - Instafamous Padam Video Gelang Pink

24-9-2020 11:37 AM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 8711| Komen: 30|Original author: Oleh: rikuren


Video tular aksi Instafamous, Chazynash memakai 'gelang pink' di sebuah restoran hingga mencetuskan panik dalam kalangan netizen dan menjadi kontroversi telah mengundang kecaman ramai.

Malah, ia turut mendapat perhatian Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menegaskan ianya merupakan satu kesalahan kerana mempunyai niat untuk menipu orang ramai.

Nash dalam hantaran terbarunya sekali lagi meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia selepas video lakonannya memakai gelang pink yang tular mendapat kecaman dan bantahan ramai.


Kredit foto: Instagram Chazy Nash

"Tak sangka begitu ramai yang kecam sampai ke tahap sekarang ni. Walaupun ada juga yang kata ok ja video tu, tapi saya tak mampu nak buat apa-apa. Ya saya setuju. Saya tak patut post content sebegitu. Alhamdulillah, video pun saya dah delete," tulisnya yang akan lebih berhati-hati sebelum menyiarkan sesuatu di media sosial kelak.


Nash juga berpesan kepada orang ramai supaya berhati-hati dalam menghasilkan content dan lebih sensitif dengan isu semasa.

"Memang selalu duk buat dah video macam ni, tapi kali ni nasib malang sikit. Takpa, saya terima kesalahan saya ni. Minta maaf kepada semua rakyat Malaysia dan juga frontliner kita. #kitajagakita," ujarnya.

Sebelum itu, dalam entri lain Nash berkata, dia tidak kisah dengan kecaman diterima dan tetap akan terus berkarya walaupun tidak disukai segelintir pihak.


Kredit foto: Instagram Chazy Nash

Tidak kisahlah nak berkarya macam mana pun, asalkan tidak menyentuh sensitiviti orang awam di kala COVID-19 sedang mengganas kembali.

Melawak pun ada hadnya. Jangan sampai melampaui batas. - CARI
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote riyadhK 24-9-2020 11:48 AM
Siapa pak karim? Apa kaitan tajuk dgn content?
Quote minguk 24-9-2020 11:52 AM
tah pape jeee, ke i yang tapaham?
Quote batusembilan 24-9-2020 11:55 AM
hrp dia ni disumbatkan ke dalam penjara. stupid moron punya keldai.
Quote Kurex 24-9-2020 11:58 AM
Adakah dia tau sekali dah post dekat socmed, selamanya dekat situ?
Quote damsel_fiji 24-9-2020 12:00 PM
Amik tindakan lah.. pastu suh delete semua socmed dia.. baru menggelupo tk boleh carik makan lg.. klu x influencer2 laknat ni x kesah pun kena kecam ke apa.. yg penting viral katanya
Quote biozipstar 24-9-2020 12:12 PM
penjara 1 hari atlis... baru tau jadi bekas banduan tu title yg instafemes semua takot. suka nau buat konten bukan2
Quote orglama 24-9-2020 12:39 PM
biozipstar replied at 24-9-2020 12:12 PM
penjara 1 hari atlis... baru tau jadi bekas banduan tu title yg instafemes semua takot. suka nau bua ...

kalau kena penjara, confirm jadi lauk dia ni
Quote Scheherazade 24-9-2020 12:41 PM
Pak Karim tu sapa? Aku baca abis kot artikel ni, xdak pun nama Pak Karim ni
Quote KIM.K 24-9-2020 12:54 PM
Dah tahu kesalahan pun berani jugak. Semata2 nak naikkan statistik sendu

Ko tau ke kalau mana2 pihak buat sekeping police report dia jadi tak lawak
Quote kakigebang 24-9-2020 01:03 PM
nak femes sgt kan..denda boleh bayar, dpt untung lagi sbb dah femes pasni konfirm follower meningkat .... tapi kalau ko ni elok kena penjara dlm semnggu biar kena toron ramai2 baru ada akai...
Quote espri6006 24-9-2020 01:08 PM
Aku ok j e dengan dia, Maybe lawak kali salah dia lah sebab main2kan gelang pink. Tapi sebagai manusia ktai selalu tersilap langkah so alhamdulillah dia dah pun mohon maaf. Korang pun sam gak kan selalu tersilap langkah...
Quote pxlbb 24-9-2020 01:11 PM
BAK KATA PELAWAK MALAYSIA, SEMUA BENDA BOLEH BUAT LAWAK KAN. RASAIN LHO. {:teatime
Quote RatuDunia94 24-9-2020 01:35 PM
Sbb tu iols setuju je content creator kat malaysia ni kena apply lesen.. so mereka tertakluk pada peraturan.. x boleh sesuak buat content sensitif. Pastu dh salah minta maaf atas alasan "buat lawak"..
Quote bakingsoda 24-9-2020 01:57 PM
nasib baik ada jugaklah secebis otak utk minta maaf.tapi maaf je tak cukup
Quote LadyCarefree 24-9-2020 01:59 PM
damsel_fiji replied at 24-9-2020 11:00 AM
Amik tindakan lah.. pastu suh delete semua socmed dia.. baru menggelupo tk boleh carik makan lg.. kl ...

Khenzssss. Lg mereka suka sebenarnya.
Quote diss69 24-9-2020 02:39 PM
Xsensitif langsung dngn keadaan semasa.. Bukan lawak ni..
Quote missyL 24-9-2020 02:39 PM
Xkn lah mase die post tu die xleh pk bende tu nti org wat serius.
Baru first time dok msia ke..
Dah sah2 netizen msia ni jenis butthurt.
Lgi2 plk ko pon mmg wat vid bodoh. Hahahha.

Mesti dah thu tp Sengkek sbb nk viral.
Mendapat lah viral
Please polis hukum sepatutnye walao pn die kerabat.

Ok
Quote husna_amal 24-9-2020 02:42 PM
Bende jadi teruk bila banyak page2 kat fb share video ni dengan captain yang tak berapa sesuai. Kalau followers lama mungkin tengok biasa2 je lah. Tapi tu lah semua bende nak dijenaka kan ni lah akibatnya.
Quote MontanaHannah 24-9-2020 06:52 PM
Dia ni aku cuba elak kalau terjumpa di keramaian

mak bapa kaya-raya , kerja entah apa-apa

sepupu aku kata dia baru buka  cafe western  makanan  buat dengan gang pak lawak bodo dia

sebelum buka cafe dunno apa dia buat.

laku xlaku cafe tu xde kudis pada dia sebab mmg duit bukan masalah.

dan dia buat video tu di cafe dia sendiri.

Akuxsuka sikap kelolo dia

sekarang dia sudah kahwin  rasanya xde masalah sangat kalau terserempak dalam majlis pun.

Bini dia spesis awex hijabista  ...

betul juga siapa nak ke dia...sungguhpun kaya tp bukanlah seorang yg berjaya.

Harta bapa xhabis makan 100 keturunan

tapi otak secebis pun nak beli xde jual di kedai.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 11:38 AM GMT+8 , Processed in 0.056230 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top