Seorang lelaki yang berasal dari Pakistan membuktikan cintanya dengan mengahdiahkan tanah seluas satu ekar di bulan kepada isterinya. Sohaib Ahmad membeli tanah tersebut dengan harga $45 (RM186) melalui Lunar Settlement Initiative (LSI) sebagai hadiah perkahwinan kepada isterinya, Madiha.
Ramai tertanya-tanya bagaimana lelaki berusia 23 taun itu membeli tanah di bulan. Ianya benar kerana kita anda memang dibenarkan berbuat demikian. Nama Sohaib tertera di satu sijil rasmi yang dikeluarkan oleh The Lunar Registry yang terletak di Amerika Syarikat. Bol News melaporkan, menerusia laman web rasmi Lunar Settlement Initiative, tanah di bula ditawarkan kepada mereka yang berminat bagi membiayai eksplorasi ke sana. Menariknya, pemilik tanah juga berhak tinggal di sana selepas berjaya memiliki tanah tersebut. Sohaib dan Madiha juga telah berjaya mendapatkan semua dokumen yang dikeluarkan Sea of Vapor Society termasuk Tuntutan dan Akta Berdaftar untuk Harta Lunar. Difahamkan selebriti Bollywood, Shah Rukh Khan juga mempunyai nama yang didaftarkan untuk sebidang tanah di bulan. -CARI
|
ADVERTISEMENT