Seorang wakil rakyat di Kota Tegal, Jawa Tengah yang menganjurkan konsert dangdut di saat peningkatan kes Covid-19 di Indonesia telah menimbulkan kemarahan orang ramai.
Konsert tersebut diadakan bersempena majlis perkahwinan dan dihadiri ribuan orang di sebuah tempat seluas padang bola sepak. Kompas melaporkan, rata-rata yang hadir tidak mematuhi protokol kesihatan. Ramai yang tidak memakai pelitup muka dan langsung tidak menjaga jarak fizikal. Difahamkan kebenaran diberi untuk acara tersebut kerana semasa permohonan, penganjur mengatakan hanya pentas kecil disediakan bagi persembahan dangdut tersebut. Ketua Polis Tegal Selatan, Joeharno berkata,
"Pada awal permohonan, mereka mengatakan hanya pentas kecil disediakan untuk bilangan tetamu yang terhad. Namun, tidak sangka bahawa pentas besar yang tersedia. "Maka, kami mengarahkan agar pentas itu ditutup supaya tidak ada acara dijalankan pada waktu malam." Tambahnya, persembahan itu tetap berlansung dan pihaknya tidak dapat berbuat apa-apa. "Kami tidak boleh memaksa persembahan itu dihentikan kerana kekurangan anggota." -CARI
|
Kami tidak boleh memaksa persembahan itu dihentikan kerana kekurangan anggota," katanya.
ADVERTISEMENT