Sangka kita, golongan selebriti muda sahaja menerima mesej lucah di laman sosial.
Tetapi, Adibah Noor mendedahkan dia juga menerima nasib sama apabila berkongsi paparan skrin perbualan menunjukkan seorang pengguna Instagram meminta gambar lucah daripadanya. Bagaimanapun, secara berseloroh, pelakon dan penyanyi itu selamba membalas mesej berkenaan dengan menghantar gambar kucing. "Akak yang macam gajah mengantuk ni pun orang minta (gambar lucah). Bayangkan mereka yang muda, canitk, mulus tu semua. Berapa banyak request macam ni yang mereka terima," tulisnya. Sementara itu, dalam satu hantaran lain, Adibah memberi bayangan seolah-olah sedang patah hati. Betul ke Adibah ada menaruh harapan pada seseorang? Apapun, semoga Adibah bahagia dan terus berjaya dalam apa jua dilakukan dalam hidup. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|