CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dalami Ilmu Agama Untuk Jaga Perkahwinan, Alyah Bersara Tak Lama Lagi

28-9-2020 03:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7576| Komen: 36

Penyanyi Datin Alyah akui masalah rumah tangga dialami dengan pengarah muzik terkenal Datuk Ramli MS sejak mereka berkahwin membuat dia hampir berputus asa.



Ada sahaja pihak tidak senang dengan perkahwinannya hingga ada yang cuba membuat onar.

Justeru, dia dan suami mendalami ilmu agama dan saling memperbaiki diri untuk menjaga bahtera rumah tangga mereka.

"Kita berubah di kedua-dua pihak. Dulu pernah satu waktu kita rasa sudah tiada jodoh dah... macam memaksa diri sendiri. Ini pengalaman saya sendiri sebelum ini, rumah tangga ada naik dan turun.

"Bukan semua orang suka kita dan perkahwinan kita. Ada yang datang dekat saya dan cerita perkara lama masa saya tak wujud lagi untuk memecah-belahkan rumah tangga. 

"Apa yang menguatkan saya adalah agama. Itulah yang saya rasa terlepas untuk beberapa tahun lalu. Alhamdulillah saya dah dapat balik, saya harap dapat terus kekalkan macam ini," katanya kepada mStar.



Kredit foto: IG Alyah

Bercerita menganai zuriat, Noor Hasliah Abu Hasan, 39, berkata, dia mungkin akan bersara dari dunia seni beberapa tahun lagi.

"Secara jujur saya memang tak akan menyanyi sampai tua. Kita pun tak tahu, tapi ini hanya perancangan. 

"Ini keputusan yang terbaik dan memang saya tidak akan menyanyi sampai umur 45 tahun. Saya pernah luahkan hasrat itu kepada suami dan dia pun faham kenapa saya buat keputusan itu.

"Selagi saya beri komitmen sepenuhnya pada karier seni, mungkin saya tak dapat nak berusaha untuk menambahkan ahli keluarga," ujarnya. 



Alyah juga akui ada merancang untuk melakukan rawatan kesuburan In Vitro Fertilisation (IVF) - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote GegarVaganja 28-9-2020 03:13 PM
Tinyah ni patut jadi consultant je la.
Ajar sket penyanyi2 yang ada suara sedap macam Queen Liza tu untuk pilih lagu yang sedap untuk dijadikan single. Sheolls punya taste dalam pemilihan lagu boleh diperakui Sirim.

Quote BicaraHatiku 28-9-2020 03:27 PM
GegarVaganja replied at 28-9-2020 03:13 PM
Tinyah ni patut jadi consultant je la.
Ajar sket penyanyi2 yang ada suara sedap macam Queen Liza tu ...

Kan.. Vocal tinggi tp x brapa nk merdu.
Quote RatuDunia94 28-9-2020 03:35 PM
GegarVaganja: Tinyah ni patut jadi consultant je la.Ajar sket penyanyi2 yang ada suara sedap macam Queen Liza tu untuk pilih lagu yang sedap untuk dijadikan single. ...


Kann.. suruh Liza Hanim tu ha berguru dgn sheols.
Quote husna_amal 28-9-2020 03:35 PM
Dia kalau ada anak bersama mungkin hubungan suami isteri lebih erat.
Quote umbut 28-9-2020 03:54 PM
BicaraHatiku replied at 28-9-2020 03:27 PM
Kan.. Vocal tinggi tp x brapa nk merdu.

Betul.. tone suara x sedap langsung....harap tinggi je..
Quote zaraaqilah 28-9-2020 03:58 PM
Semoga dipermudahkannn....biasalah x semua org senang n suka dgn perkahwinan kita...hanya kita yg tahu...jaga tok ram baik2...
Quote matbad 28-9-2020 04:19 PM
Mkcik ni dari awal kemunculan dia nampak dia tak pernah putus asa cari identiti sndri smpai la skrg. Moga dia terus istiqomah
Quote mamajawie 28-9-2020 05:29 PM
lagu2 tinyah ni kebanyakan sedap tau..
Quote YomiuriLandMae 28-9-2020 05:33 PM
bosannya citer psl hal rumahtangga retis ni.. nobody cares pun..
Quote aderaderker 28-9-2020 05:37 PM
Tinyah pernah jd juri kat mana pertandingan nyanyian ke?



Quote ashilalat 28-9-2020 08:06 PM
Sekarang pon kau dah sendu umpama dah bersara...apa la bezanya nak bersara nanti. Bukan nya ko A lister pon acah2 hebat org nak meratapi persaraan kau.

Tone dan gaya nyanyian Alyah ni boleh masuk satu bakul dengan Mitch Donat, Erema, Shila Abdul dan sesekali suara Shilalat pon boleh masuk team. Xde apa istimewa sangat pon.
Quote Orix 28-9-2020 09:03 PM
GegarVaganja: Tinyah ni patut jadi consultant je la.Ajar sket penyanyi2 yang ada suara sedap macam Queen Liza tu untuk pilih lagu yang sedap untuk dijadikan single. ...


Ajar sekali tokti utk produce MV yg helokkk
Quote sawi_bayam 28-9-2020 09:16 PM
ashilalat replied at 28-9-2020 08:06 PM
Sekarang pon kau dah sendu umpama dah bersara...apa la bezanya nak bersara nanti. Bukan nya ko A lis ...

Suara siapa yang sedap pada kau?
Quote ashilalat 28-9-2020 10:27 PM
sawi_bayam replied at 28-9-2020 09:16 PM
Suara siapa yang sedap pada kau?

Martini Kamsa
Quote budakshinchan 28-9-2020 10:38 PM
sapalah nk mendengki dengan rumahtangga dia.. dia sendurina.. suami plak x ensem.. no point..

cuba cermin2 diri suami isteri.. apa kurang.. naper nk salahkan org len..
Quote Perawankota 29-9-2020 01:59 AM
Buat jer apa yg anda, rasa terbaik tinyahh oi
Quote awenda507 29-9-2020 04:58 AM
Smga dipermudahkan utk alyah lbh dekat dgn agama
Quote buragazz 29-9-2020 07:38 AM

Hahaha... ko sebut nama minah ni.. ada la budak aku nama dia Hertini pastu aku tiak dia Martini Kamsah..
Dia tanya sapa tu aku cakap retis dia tak caya...
Quote wirazam 29-9-2020 09:09 AM
budakshinchan replied at 28-9-2020 10:38 PM
sapalah nk mendengki dengan rumahtangga dia.. dia sendurina.. suami plak x ensem.. no point..

cub ...

Patutnya alyah masuk gv..nak tgk camana tokram Komen haha

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 11:39 AM GMT+8 , Processed in 0.050790 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top