Seorang petugas penyelamat mengusung mayat wanita menggunakan motosikal untuk dibawa ke rumah mayat di Thailand. The Sun melaporkan, mayat wanita berusia 70 tahun itu ditemui pada Selasa lalu dan dipercayai meninggal dunia akibat sesak nafas di dalam sebuah pondok simpanan makanan milik petani tempatan.
Menurut petani tempatan, wanita itu dipercayai menyelinap masuk ke dalam pondok berkenaan untuk mencuri makanan, tetapi terperangkap ketika bersembunyi di bawah papan. Difahamkan, wanita tidak dikenali identitinya itu dipercayai berasal dari suku Mlabri yang tinggal di kawasan pergunungan. Petani tempatan meminta bantuan penyelamat untuk mengeluarkan mayat tersebut yang dianggarkan sudah meninggal dunia lebih 24 jam. Oleh kerana ketiadaan kenderaan, jasad warga emas sudah berbungkus dengan kain putih itu diikat pada tubuh petugas penyelamat untuk dibawa ke rumah mayat terdekat dengan menaiki motosikal. Menurut laporan, pasukan penyelamat itu menempuh perjalanan enam jam sebelum tiba di lokasi wanita itu dikebumikan. Suku Mlabri yang hidup secara nomad antara Thailand dan Laos, mengamalkan gaya hidup kuno dengan berburu untuk mencari makanan. - CARI
|
Catpaw replied at 26-9-2020 10:45 PM
Nah sis,moga sis tak bersedeh lagi
Belibis replied at 26-9-2020 10:52 PM
Muslim kah?
Catpaw replied at 26-9-2020 10:45 PM
Nah sis,moga sis tak bersedeh lagi
Belibis replied at 26-9-2020 11:18 PM
Ohhh..i terlompat bahagian tu.maklumla pt3 pun tak ambik
Nahnukutu replied at 27-9-2020 11:26 AM
tapi sekolah iols ajar membaca masa tadika
uols mesti sjkc ni kan?...
pinklepie: Berani dia bawa mayat ikat kt badan dia, buatnya mayat tu bergerak tak ke seram
Jitu replied at 26-9-2020 11:16 PM
klu dah bawak ke kuil Buddha agak2............... ?
Belibis replied at 26-9-2020 11:18 PM
Ohhh..i terlompat bahagian tu.maklumla pt3 pun tak ambik
b_n_c replied at 28-9-2020 08:07 PM
sekurang2 nya ko terlompat ayat tu, aku yg terang2 baca kuil buddha pn x dpt jwb soklan kau...bing ...
ADVERTISEMENT