CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Gurun Arab Yang Gersang Dan Kering Kontang Kian Subur Menghijau

29-9-2020 01:34 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6398| Komen: 17




Pada tahun 2018, kita semua pernah digemparkan dengan satu perkongsian video oleh seorang lelaki yang menetap bertahun-tahun ditanah Arab berkongsi rakaman video tentang perubahan tanah Arab yang kering kontang menjadi hijau dengan tumbuh-tumbuhan.
 
Perkongsian video itu membuatkan ramai risau dan bimbang tentang tanda-tanda hari kiamat kian dekat seperti mana Rasulullah SAW pernah bersabda  “Tidak akan terjadinya hari kiamat sehingga bumi Arab kembali menjadi kebun-kebun dan sungai-sungai dan sehingga pengembara dalam perjalanan di antara Iraq dan Makkah tidak merasa takut kecuali takut tersesat jalan. Dan terjadi banyak haraj.” Mereka bertanya apakah haraj ya Rasulullah? Jawab baginda; “Pembunuhan.” (Riwayat Ahmad dan Muslim) 




Padang pasir dan gurun terkenal dengan kering, tandus dan tempat yang paling susah untuk memperoleh air dan tumbuhan-tumbuhan hidup menghijau. Di dunia, terdapat empat jenis gurun iaitu gurun kutub, gurun sub tropis, gurun musim dingin dan gurun pesisir. Daripada keseluruhan daratan bumi, 1/3 daripadanya terdiri daripada gurun kering dan tandus. Daripada jumlah tersebut, Gurun Arab adalah gurun terluas di benua Asia dan keempat terbesar di dunia dengan keluasan 2.33 juta kilometer persegi yang merentasi Yaman, Teluk Parsi, Oman, Jordan dan Iraq. Manakala gurun Sahara pula dengan keluasan 9.2 juta km2 meliputi Algeria, Chad, Mesir, Libya, Mali, Mauritania, Maghribi, Niger, Sudan dan Tunisia yang berlandskap batu dan tandus. 


Daripada fakta tersebut, kedudukan tanah yang gersang ini khususnya negara Arab akan berubah menjadi lembah subur dan hijau dengan tumbuhan. Semenanjung Tanah Arab secara geografinya terdiri daripada 70% kawasan gurun dan gersang, namun Nabi SAW bersabda bahawa salah satu daripada tanda kiamat adalah Semenanjung Arab akan menjadi padang rumput dan sungai yang mengalir. Nabi SAW bersabda bermaksud: "Tiada berlakunya kiamat sehingga harta melimpah-ruah, sehingga seseorang keluar dengan membawa zakat hartanya namun tidak menjumpai orang yang layak menerimanya. Tidak berlakunya kiamat sehingga Tanah Arab Kembali hijau dipenuhi sungai." (Hadis  Riwayat Muslim,  no. 157)



Pada satu ketika dahulu, Semenanjung Tanah Arab adalah tanah yang dipenuhi dengan kebun-kebun, hutan dan sungai. Perkara ini adalah bersandarkan bukti saintifik daripada penemuan kuantiti petroleum dan gas yang sangat banyak. Ini adalah kerana proses bagi petroleum dan gas terbentuk adalah berdasarkan bahan mendapan daripada tumbuhan dan haiwan di bawah permukaan bumi dalam lingkungan ratusan tahun. Oleh itu, selepas fenomena perubahan ke atas daratan dunia, maka situasi Semenanjung Arab adalah seperti yang dilihat pada sebelum ini dengan keadaan gurun yang gersang dan kering.


Imam Nawawi RA berkata mengenai pengertian kembalinya negeri Arab sebagai padang rumput dan sungai adalah seperti berikut:  "Maknanya - Wallahu a'lam - bahawa mereka (penduduknya) akan meninggalkan dan menjauhinya sehingga menjadi tidak terurus, tidak ditanam dan tidak disiram dengan airnya. Perkara ini terjadi kerana kurangnya kaum lelaki, banyaknya peperangan, bertompok-tompok fitnah, dekatnya hari kiamat, nipisnya pengharapan dan tidak adanya perhatian untuk mengelolanya."


Walau bagaimanapun, Yusuf bin Abdullah Yusuf al-Wabil dalam kitab Asrat al-Sa'ah menyatakan pandangan yang dinyatakan oleh Imam Nawawi tersebut adalah kurang tepat kerana kondisi dan situasi Semenanjung Arab adalah negeri yang tandus, berpasir dan kurang tumbuh-tumbuhan. Pada umumnya, air akan diperoleh melalui perigi atau telaga dan tadahan air hujan. Apabila penduduknya meninggalkan kawasan tersebut, maka tanaman akan mati dan tidak akan kembali menjadi padang rumput  dan sungai.


Namun, pada hari ini, lembah gersang dan kering kontang mula menghijau dan ditumbuhi dengan tumbuh-tumbuhan yang subur serta aliran sungai yang menjadikan kehidupan di kawasan tersebut bertukar menjadi segar dan damai. Oleh itu, zahir daripada hadis tersebut bahawa di negara-negara Arab ini akan banyak air sehingga munculnya banyak sungai  yang menumbuhkan tumbuhan-tumbuhan sehingga menjadi padang rumput, kebun dan hutan.


Situasi ini adalah kemukjizatan yang hebat mengenai perkhabaran masa lampau yang tidak pernah diketahui oleh orang Arab sebelum ini. Kedudukan tanah Arab akan mula bertukar daripada kering kepada menghijau dengan tumbuhan dan sungai yang mengalir di samping penemuan kuantiti simpanan air yang cukup banyak yang dimanfaatkan untuk tujuan pembangunan kawasan pertanian yang luas. 


Gambaran yang boleh dilihat ketika ini bagaimana padang Arafah yang satu ketika dahulu dalam keadaan tandus bertukar sedikit demi sedikit dengan pepohon kayu mula tumbuh dan menghijau sehingga ada di kawasan lembah yang mula mengalir sungai.


Dalam hadis, Nabi SAW bersabda bahawa daerah Tabuk secara khususnya akan bertukar menjadi tempat yang subur dengan tanaman.  Maksudnya hadis: "Kami telah keluar bersama Rasulullah SAW pada tahun peperangan Tabuk… Kemudian Baginda bersabda: 'Sesungguhnya esok kamu akan singgah di mata air Tabuk, Insya-Allah. Kamu juga akan sampai ke situ pada waktu duha. Maka sesiapa dalam kalangan kamu yang telah sampai di situ, jangan sesekali  menyentuh airnya sehingga aku sampai. "Lalu kami pun sampai di mata air tersebut…" Muaz berkata lagi: "Kemudian, mereka mencedok air dari air mata itu menggunakan tangan sedikit demi sedikit sehingga terhimpun dalam satu bekas." Beliau berkata: "Rasulullah SAW membasuh kedua-dua tangan dan muka Baginda dengannya, lalu air tadi dicurahkan kembali ke dalam mata air tersebut. Lantas, mata air tersebut mengalir deras, (atau katanya melimpah. Abu Ali syak pada perkataan manakah yang diucapkan) sehingga semua orang di situ dapat minum. Kemudian Baginda bersabda: "Wahai Muaz, jika panjang umurmu, lambat laun kamu pasti melihat kawasan ini dipenuhi tanaman." (Hadis  Riwayat Muslim,  no 706)


Pada saat ini kawasan Tabuk mula menghijau dengan sungai jernih mengalir di lembah antara gunung.  Di kawasan tersebut juga dilihat menurunkan salji selain daripada negara-negara Arab lain seperti Turki, Syria, Baitulmaqdis, Arab Saudi, Palestin, Lubnan, Mesir, Jordan dan sekitarnya yang mula terjadi sejak dari 2013 dan berlanjutan sehingga ke hari ini.


Beberapa saintis menjelaskan iklim yang lebih sejuk sedang bergerak dan menuju ke Semenanjung Arab yang membawa bersama salji dan hujan. Situasi ini secara langsung membawa rahmat yang besar dalam kehidupan khususnya tumbuh-tumbuhan.


Sumber : https://masshar2000



Jika dilihat kepada kajian saintifik, salji adalah antara komponen utama dalam pembentukan tanah yang menjadi kondisi tanah tersebut lembab dan berair. Dengan keadaan yang berlajutan ini, maka tanah yang dahulunya gersang dan kering bertukar menjadi  subur. Ini tidak termasuk hujan yang sering kali turun terutama di kawasan Riyadh dan sekitarnya.


Perkara ini adalah kekuasaan Allah SWT yang dapat menukar sesuatu kawasan daripada kawasan gurun yang kering dan gersang kepada kehidupan yang menghijau dan sungai yang mengalir dalam masa yang sama sebagai panduan dan pedoman kepada manusia tentang situasi akhir zaman yang semakin hampir berlaku. 


Sumber : www.islampos.com



Oleh itu, ziarah dan kunjungan ke tanah Arab tidak hanya terhenti kepada penelitian kepada kesan sejarah semata-mata, bahkan melihat kepada tanda kiamat yang dikhabarkan oleh Baginda Nabi SAW buat umat akhir zaman.


Yang pastinya hari kiamat pasti akan berlaku. Cuma, bila tarikh yang tepat, tiada siapa yabg mengetahuinya kecuali pemilik segala makhluk yang ada di muka bumi ini. - CARI




Sumber - Penulis Pensyarah Kanan,  Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) / HarianMetro

2

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 29-9-2020 02:14 AM
Wallahualam. Allahuakhbar
Quote sharlenetexas 29-9-2020 02:39 AM
Gurun Sahara akan menjadi hutan rimba.
Quote sharlenetexas 29-9-2020 02:42 AM
Pergi kat negara bergurun suka tengok pokok renek (desert shrub). Nampak comel.
Quote Belibis 29-9-2020 07:01 AM
sharlenetexas: Gurun Sahara akan menjadi hutan rimba.

Pulanglah sayangggg..ke tempat asalmu
Quote TomyamPuteh 29-9-2020 07:36 AM
Belibis replied at 29-9-2020 07:01 AM
Pulanglah sayangggg..ke tempat asalmu

Ingtkn hang srh si texas blk ke hutan. Acara sambong lirik rupa2nya
Quote Kurex 29-9-2020 08:07 AM
Isi kandung yg menarik tapi asyik ulang je kering kontang tu
Quote helicornia 29-9-2020 08:10 AM
nice article{:hooray
mcm ni baru la bagus wartawan cari
Quote insyi81 29-9-2020 09:40 AM
tanda kiamat berdasarkan hadis Nabi.Allahu Akbar
Quote dua_chzy 29-9-2020 09:59 AM
Lama lagi la kiamat. Dari akak tadika awal 90an akak dengar umat Islam umat Kristen sekeliling akak dok bising2 pasal kiamat, segala benda pun dikatanya tanda kiamat, ujung2 sampai juga ke tahun 2020 tanpa kiamat (cuma hada korona virus).
Quote djzara81 29-9-2020 11:40 AM
Kdg aku terpikir, baik meninggal dunia sblm kiamat. Mcm tak sanggup mati mase kejadian kiamat. Huru hara, masing2 sibuk nak selamatkan diri, yg pendosa mesti kelam kabut cari ulama, org beramal agaknya sibuk baca al-Quran & beramal bersama famili utk kali terakhir sblm dunia hancur.  
Quote kucingitam 29-9-2020 12:03 PM
djzara81 replied at 29-9-2020 11:40 AM
Kdg aku terpikir, baik meninggal dunia sblm kiamat. Mcm tak sanggup mati mase kejadian kiamat. Huru  ...

ok..ni takut..
aku pun kadang bila baca2 pasal kiamat ni  pun terpikir benda yang sama.

tapi nak mati pun takut..

Quote husna_amal 29-9-2020 03:05 PM
Tanda kebesaran Allah.
Quote gigahertz 30-9-2020 12:06 AM
djzara81 replied at 29-9-2020 03:40 AM
Kdg aku terpikir, baik meninggal dunia sblm kiamat. Mcm tak sanggup mati mase kejadian kiamat. Huru  ...

orang yang meninggal sewaktu tanda kiamat yang terakhir ( matahari terbit dari barat ) taubatnya tidak di terima.
masa kejadian Solat , puasa , zakat dan ibadah lain - lain dah tak payah buat.
Quote obria 6-10-2020 10:15 AM
bila tengok benda2 cenggini, insaf sekejap tp lepas tu alpa balik
Quote angelofish 17-10-2020 10:48 AM
kalau arab dan sahara menjadi hijau. hutan amazon serta asia tengara akan jadi gurun.sebab proses hujan bergantung pada proses pembenihan awan oleh debu yang diterbangkan dari sahara.bila sahara hijau takdela debu untuk pembenihan awan...malaysia akan kemarau dan senang lah dajal datang mengendeng
Quote kuewTiau 21-10-2020 01:47 PM
bila tengok macam Wow kejap, tapi sebenarnya takut sebab dunia dah nak kiamat.
Quote Analisaxx 30-10-2020 12:34 PM
obria replied at 6-10-2020 10:15 AM
bila tengok benda2 cenggini, insaf sekejap tp lepas tu alpa balik

Setuju... insaf masa baca je

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 07:26 PM GMT+8 , Processed in 0.222439 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top