Sejak tahu Harris Alif,21 dan Intan Ladyana,38 bercinta, pelbagai reaksi diterima daripada pelbagai pihak. Intan tetap positif dengan pilihan hatinya namun buat masa ini tidak selesa untuk berkongsi dengan lebih terperinci tentang hubungan mereka.
Kata pelakon ini dia tidak mahu terlalu berkongsi kerana takut hubungan itu tidak berakhir seperti yang diinginkan. "Kenal dah lama tapi mula rapat awal tahun ini. Baru beberapa bulan kami bercinta. Sejak dulu saya suka keep in private, Tiba-tiba kalau tak jadi nanti malu. Lebih baik diam. "Bercinta dengan lelaki berbeza umur tak salah. Sebab itu saya ambil pendekatan untuk tidak bercerita sangat. Takut orang lain pun bercerita, dan saya tak suka," katanya kepada mStar Online.
|
ADVERTISEMENT