Selepas semakin popular menempa nama di layar perak Hollywood, Henry Golding bikin panas pula apabila melakonkan watak lelaki homoseksual. Dalam trailer tular filem terbaharunya berjudul Monsoon di YouTube, Henry dilihat mengambil risiko melakukan adegan sensual sesama lelaki dan mencium mulut dua bintang filem berkenaan yang mana salah seorangnya ialah Parker Sawyers. Bagaimanapun, Henry sendiri mengakui tidak kekok melakonkan adegan sedemikian. "Saya pernah menjadi penggaya rambut, jadi persekitaran bersama lelaki homoseksual tidak kekok bagi saya. Saya faham dan menghormati mereka," jelasnya dipetik dari Gempak.
Filem arahan Hong Khaou itu mengisahkan kehidupan Kit (Henry) kembali ke negara asalnya, Vietnam untuk mencari asal-usulnya ditayangkan kali pertama di Festival Filem Antarabangsa Karlovy Vary pada Jun tahun lalu, sekali gus mencetuskan pelbagai pandangan umum. Pun begitu, Monsoon meraih rating yang membanggakan selepas ditayangkan di United Kingdom sejak 25 September lalu. - CARI
|
Kurex replied at 29-9-2020 10:37 AM
Dah tgk dekat twitter... Iols tak terkejut pun
mazenahtinah replied at 29-9-2020 10:39 AM
Ada bogel2 x uolssss
buragazz replied at 29-9-2020 10:58 AM
semalam aku nampak kat twidder dia dengan mamat black.. semolot... aku cam what the hell tapi tgk sa ...
Kurex replied at 29-9-2020 10:44 AM
Ada bukak baju sambil comolot... Takde adegan nampak buntut / kulop...
ALDRIN replied at 29-9-2020 11:01 AM
Advance ko @Kurex.
ADVERTISEMENT