Lelaki terkilan suaranya diejek seperti suara wanita kerana dilahirkan dengan suara agak halus. Akur dengan ketentuan Ilahi, Muhd Asyraf Kamaruddin, 28, bagaimanapun tidak dapat mengelak dari berkecil hati apabila segelintir pihak tidak bertanggungjawab menjadikan suaranya bahan jenaka. "Sumpah aku tak nak pun jadi suara macam ni. Hina sangat ke dikurniakan begini? Allah. Boleh ke nak ubah suara? Sedihnya!" ciapnya di Twitter bersama mesej nota suara (voice note) dihantar rakan menerusi Instagram. Malah, Asyraf ketika dihubungi mStar mendedahkan ada yang melampau apabila bergurau dengannya. "Jadi, dua orang kawan kepada kawan saya turut bercakap dalam voice notes tu, ada beberapa yang dihantar menyakitkan hati. "Mula-mula dia hina suara saya, kemudian dia cakap saya salesman bapok. Saya tertanya-tanya, kena ada suara lelaki sejati dulu ke baru boleh jadi salesman? Dia cakap, baik jadi khunsa. "Ikutkan saya, kalau ada ubat ubah suara, dari dulu saya beli. Tak payah tunggu orang cakap suara bapok, saya akan beli. Tapi ini kejadian asal Allah," ujarnya yang tidak lagi bekerja sebagai jurujual. Katanya, dia tidak boleh menerima gurauan kasar mereka itu. Terlajak perahu boleh diundur. - CARI
|
ADVERTISEMENT