Seorang lelaki menyesal kerana sebelum ini menganggap pandemik Covid-19 hanya sekadar sandiwara dan konspirasi pihak tertentu. Brian Lee Hitchens dari Amerika Syarikat itu kini dilanda penyesalan selepas kehilang isteri tercinta yang maut akibat jangkitan virus tersebut.
Mirror UK melaporkan, walaupun menunjukkan simptom-simptom jangkitan, dia dan isterinya, Erin langsung tidak pergi mendapatkan rawatan. Difahamkan mereka pernah membaca dakwaan yang mengatakan Covid-19 adalah sekadar selsema biasa sahaja. Lelaki berkenaan kemudiannya menunjukkan tanda-tanda pemulihan namun malangnya keadaan isteri semakin buruk dan akhirnya meninggal dunia.
Jelas lelaki itu lagi, ketika mula -mula virus berkenaan muncul, merka langsung tidak mengambil peduli tentangnya dan mengabaikan segala SOP. Sekarang dia sudah tidak mampu mengubah apa yang terjadi. -CARI
|
ADVERTISEMENT