|
Bekas pramugari mengaku bersalah memiliki dadah dengan niat untuk mengedar. Berikutan itu, Mahkamah Stoke-on-Trent pada Rabu lalu memutuskan hukuman penjara dua tahun terhadap Alexandra Florentina Dobre, 27.
Menurut laporan Metro.co.uk, Alexandra didakwa menyembunyikan kokain di dalam beg gula-gula di sebelah katilnya. Difahamkan, Alexandra yang dipecat akibat pandemik Covid-19 meneruskan kelangsungan hidup dengan mengedar dadah. Mahkamah dimaklumkan, wanita itu bekerja dengan beberapa syarikat penerbangan di Lapangan Terbang Luton, England sebelum dibuang kerja menyebabkan dia kehilangan sumber kewangan dan tempat tinggal. Wanita warganegara Romania itu berpindah ke Staffordshire selepas bertemu seorang lelaki menerusi aplikasi mencari jodoh yang kemudian menjadikannya sebagai keldai dadah.
Ketika ditahan pada 7 Ogos lalu, polis menemui enam bungkus kokain di dalam beg tangannya. Selepas rumahnya di Hanley digeledah, polis menemui 81 bungkus kokain bernilai 2,500 pound (RM13,356) di dalam laci di sisi katilnya selain merampas wang dan pakaian berjenama miliknya. |

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-2-2026 11:06 PM GMT+8 , Processed in 0.642208 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.