CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Hamil 8 Bulan Dicabul Suami Orang

30-9-2020 10:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6538| Komen: 27

Seorang wanita yang hamil 8 bulan dicabul oleh lelaki yang tak dikenali di sebauh rumah yang terletak di Taman Pusing Utusan, Pusing, Batu Gajah.

Dlaam kejadian jam 8 pagi itu, wanita berusia 27 tahun dicabul di bahagian pinggul kiri kerika dia membuka pintu jeriji hadapan rumahnya.

Harian Metro melaporkan, suspek menyerbu ke arah mangsa, menutup mulut dan mencengkam pergelangan tangan mangsa dengan tangannya.

Gambar Hiasan

Suspek yang memakai pelitup muka menyuruh mangsa diam sebelum menolak wanita itu ke dalam rumah sehingga terbaring.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, 

"Suspek menggosok pinggul mangsa dengan tangannya. Mangsa merayu supaya dilepaskan dan dia hanya dilepaskan selepas wanita itu memberitahu dirinya mengandung.

"Sebelum beredar suspek bertanya mengenai suami dan mangsa tinggal bersama siapa di rumah itu, namun wanita itu hanya mendiamkan diri. Suspek beredar selepas jiran sebelah rumah mangsa keluar."

Difahamkan, hanya sebuah rumah sahaja yang berpenghuni di kawasan rumah mangsa.

Suspek dipercayai sudah lama mengekori mangsa dan turut menyewa di taman sama.

"Mangsa sudah membuat pemeriksaan di Hospital Batu Gajah dan kandungannya selamat cuma dia lebam di pergelangan tangan."

Difahamkan suspek sudah berkahwin.

"Semakan mendapati lelaki itu tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan dia direman tiga hari bermula hari ini hingga Khamis ini.

"Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan." -CARI

Bagus
7

Marah
2

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 30-9-2020 11:06 AM
Kembirikan lelaki tu dari terus membiak
Quote allshares 30-9-2020 11:07 AM
Gigih dah ada bini nk cabul bini org lagi, siap tnya tinggal dgn sape. Maybe dia ingat mangsa akan suka sama suka kot. Padan Muka kena tangkap. Harap bini heols tuntut cerai sajork.
Quote Suchi 30-9-2020 11:08 AM
Suspek dah lama mengekori tapi tak perasan plak pompuan tu mengandung??8 bulan tu dah cukup besar kot.

Bahaya betul, menyewa satu taman. Tapi area umah mangsa takda penghuni rumah dia je yg ada orang adoii seram
Quote prettyuglybabe 30-9-2020 11:17 AM
harap tak ada plot twist..

berita kata satu rumah je ada penghuni kat kawasan tu..
pemahaman i rumah berpenghuni tu rumah mangsa la kan..
tapi cam mana boleh ada jiran sebelah rumah pulak..
dah kalau ada jiran, so dua rumah la ada penghuni kat kawasan tu..
tapi suspek pun duduk taman yang sama..
so berapa rumah yang ada orang sebenarnya?
Quote Artemesiaa 30-9-2020 11:23 AM
Duduk sorang kat rumah tapi gigih nak buka jerigi pintu rumah tu dah kenapa bukan ke boleh mengundang bahaya
Quote cutieslilies 30-9-2020 11:32 AM
gaya mcm ckp..wanita ni mcm baru kuar dr mana2 kot..balik umah nak bukak pintu jerigi umah..mamat ni skodeng terus terkam dr blkg..camtu laa pemahaman berita ni.....

konfius aku aih...
Quote NekNgah 30-9-2020 11:39 AM
Kau dah kenapa?? Dah ada bini lagi nak try bini orang.  

Quote mejaputih 30-9-2020 11:44 AM
prettyuglybabe replied at 30-9-2020 11:17 AM
harap tak ada plot twist..

berita kata satu rumah je ada penghuni kat kawasan tu..

misteri betul ni....kbat pun ye...
Quote Cekgushilla 30-9-2020 11:45 AM
prettyuglybabe replied at 30-9-2020 11:17 AM
harap tak ada plot twist..

berita kata satu rumah je ada penghuni kat kawasan tu..

Penin baca
Lgi susah dr soklan math hahah
Quote husna_amal 30-9-2020 11:50 AM
Harap bagi hukuman berat kat pesalah macam ni.
Quote Belibis 30-9-2020 11:59 AM
prettyuglybabe: harap tak ada plot twist..berita kata satu rumah je ada penghuni kat kawasan tu..pemahaman i rumah berpenghuni tu rumah mangsa la kan..tapi cam mana b ...

Pehhh..macam soalan matematik jer rasanya.
Quote diss69 30-9-2020 12:08 PM
Mental kot...
Quote grouper 30-9-2020 02:27 PM
prettyuglybabe replied at 30-9-2020 11:17 AM
harap tak ada plot twist..

berita kata satu rumah je ada penghuni kat kawasan tu..

Ada masa nnt nak pusing taman ni nak siasat sbb x jauh dari rumah aku...mmg misteri taman perumahan ni
Quote prettyuglybabe 30-9-2020 02:28 PM
grouper replied at 30-9-2020 02:27 PM
Ada masa nnt nak pusing taman ni nak siasat sbb x jauh dari rumah aku...mmg misteri taman perumaha ...

taman baru ke?
Quote Jiddin 30-9-2020 04:29 PM
grouper replied at 30-9-2020 02:27 PM
Ada masa nnt nak pusing taman ni nak siasat sbb x jauh dari rumah aku...mmg misteri taman perumaha ...

Misteri mcm mana tu, grouper?
Quote arm_band 30-9-2020 04:44 PM
prettyuglybabe replied at 30-9-2020 11:17 AM
harap tak ada plot twist..

berita kata satu rumah je ada penghuni kat kawasan tu..

tu la, fakta yang dilaporkan ni ke laut dalam betul.... tak paham langsung ceritanya
Quote ikanmasin 30-9-2020 05:29 PM
pelik pl dah lama intai tak tau ke perempuan tu mengandung 8bulan..jahat jantan ni dah ada bini pun miang kemain sampai tahap pg sentuh bini org tu..
Quote padris 30-9-2020 05:36 PM
Ni mesti jenis jantan sang*p fetish bini org..
Bini sendiri ada, tapi lebih bernafsu kat bini org   
Quote Amigurumi 30-9-2020 11:24 PM
prettyuglybabe replied at 30-9-2020 11:17 AM
harap tak ada plot twist..

berita kata satu rumah je ada penghuni kat kawasan tu..

Ke jiran yang keluar tu bini si suspek..hehehe

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.084164 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top