Gadis berusia 19 tahun meninggal dunia dua minggu selepas diseksa dan dirogol bergilir-gilir di sebuah padang di Uttar Pradesh. The Guardian melaporkan, kejadian berlaku pada 14 September lalu ketika mangsa sedang memotong rumput sebelum ditarik penyerang ke sebuah padang.
Selain melakukan serangan seksual, suspek juga dilaporkan cuba mencekik mangsa. Menurut laporan, mangsa ditemui keluarganya dalam keadaan telanjang dan berlumuran darah, lumpuh, lidahnya terbelah serta patah tulang belakang. Gadis itu dibawa ke hospital di bandar Aligargh sebelum dipindahkan ke hospital di Delhi pada minggu ini dan meninggal dunia pada pagi Selasa. Berikutan kejadian, empat lelaki dipercayai terbabit dalam kematian mangsa ditahan. Difahamkan, mangsa merupakan seorang Dalit iaitu dari kasta paling rendah di India, manakala kesemua suspek merupakan jirannya dari kasta lebih tinggi.
Keluarga mangsa mendakwa polis tidak serius dalam menangani kes berkenaan kerana status sosial mereka yang rendah, namun polis menafikan pihaknya lambat bertindak. Pada Selasa, lebih 300 penunjuk perasaan dari Bhim Army, sebuah parti yang memperjuangkan hak Dalit, berkumpul di perkarangan hospital di Delhi bagi menuntut keadilan di atas kematian mangsa. - CARI
|
nazzse replied at 30-9-2020 06:07 PM
Sampai bila pun takkan maju India dgn rakyat berkasta mcm ni
Nana_Man replied at 30-9-2020 10:15 AM
Nasib baik meninggal... kesian kalau terpaksa hidup merana nanti.
India ngan rogol tu mcm makana ...
nazzse replied at 30-9-2020 06:40 PM
Nyawa kasta dalit memang takda nilai kat sana. Nak kerja tak boleh,naik kereta sekali dgn dalit pu ...
nazzse replied at 30-9-2020 06:07 PM
Sampai bila pun takkan maju India dgn rakyat berkasta mcm ni
ADVERTISEMENT