Pernah dinobatkan sebagai lapangan terbang kedua terbaik di dunia, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sememangnya menjadi kebangaan Malaysia. Namun, itu cerita 19 tahun lalu ketika KLIA disebut-sebut canggih dan terbaik. Hinggalah pada 2012, kedudukannya jatuh ke tangga ke-10 dan kini terus menjunam ke angka 63. Apa dah jadi? Rata-rata warga maya meluahkan kekecewaan mereka dengan perkhidmatan di KLIA yang disifatkan tiada penambahbaikan. Atau kata mudahnya, ala kadar sahaja.
Antara yang diperkatakan adalah perkhidmatan bagasi yang sangat lambat, tiada penyelenggaraan sempurna meliputi lif, eskalator, perkhidmatan Express Rail Link (ERL) yang tidak tentu masa, tandas kotor dan kaki tangan yang tidak mesra. Bukan hanya itu, ia turut mendapat respons daripada rakyat Indonesia yang berulang-alik dari Kuala Lumpur-Riau. Jika bukan kerana kedudukan di mata dunia sekali pun, bilakah perkhidmatan KLIA akan berubah? - CARI |
zulka replied at 1-10-2020 03:45 PM
lepastu bila kena buang kerja mengamuk sakan
ADVERTISEMENT