CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rakam Muzik Video Dalam Gereja, Ismail Izzani Sedia Dikecam

1-10-2020 12:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8345| Komen: 33

Ismail Izzani dah sedia nak kena kecam apabila melakukan penggambaran video muzik lagu terbahrunya, Ada Cara di dalam sebuah gereja.

Walaupun sedar ia akan menimbulkan sensitiviti penonton namun dia berpegang kepada mesej yang mahu disampaikan menerusi lagu.


“Saya bersedia dengan segala kemungkinan. Cuma apa yang saya mahu tekankan ialah mesej yang cuba disampaikan dalam video video ini.

“Saya mahu penonton nampak jalan cerita tentang sepasang kekasih tetapi berbeza agama. Saya memilih gereja supaya senang orang faham konteks jalan cerita Ada Cara menyentuh soal agama. Jadi saya tidak rasa ada yang salah,” katanya kepada Kosmo.



Tambahnya, penggambaran yang dibuat di rumah ibadat itu memberikan pengalaman baharu bagi dirinya.

“Mestilah rasa pelik sebab ini kali pertama saya masuk ke situ. Rasa tidak biasa dan kekok. Sampaikan saya terpaksa ambil masa selama setengah jam untuk bersedia sebelum memulakan penggambaran.

“Tetapi apabila fikirkan tentang mesej yang ingin disampaikan kepada penonton, saya perlu buat yang terbaik. Lirik lagu ini sendiri pun sudah mendalam, ditambah dengan visual dalam gereja membuatkan hasilnya sangat mengagumkan.

“Apatah lagi lagu ini berkisar tentang agama. Kisah cinta seorang lelaki yang berpegang teguh kepada agamanya. Manusia berbeza tetapi Tuhan hanya satu dan lelaki dalam lagu memilih Tuhannya." -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingerstorm 1-10-2020 12:14 PM
Masjid takda set up macam ini...benches panjang .....

So you are forgiven bro....

Quote stingerstorm 1-10-2020 12:18 PM
Janji lu tak buat solat tahyatul masjid didalamnya bro...

And dont forget  observe physical distancing rule....

Quote husna_amal 1-10-2020 12:38 PM
Pengganut kristian ok ke mail buat mv kat gereja ni.
Quote zarulnazmi 1-10-2020 12:41 PM
Kalau dia buat kat dalam masjid dah tentu berbakul kecaman
Quote kiss_darr 1-10-2020 01:08 PM
ermmmmmm

[youtube]yScNC3Oqv5I[/youtube]
Quote unguaurora 1-10-2020 01:10 PM
Biasa la buat benda2 yg kontroversi supaya org view mv heols. Penyanyi lain pun sama.
Quote adelea 1-10-2020 01:37 PM
husna_amal replied at 1-10-2020 12:38 PM
Pengganut kristian ok ke mail buat mv kat gereja ni.

Ok je ... KPOP byk je buat mv dalam gereja ..
Quote kucingitam 1-10-2020 01:59 PM
biarlah dia rakam mv dlm gereja..satgi dia nyanyi2 dlm masjid lagi haru
Quote nanasno 1-10-2020 02:02 PM
ok je iols rasa. kena la ngan lagu heols. lagipun bukan nya muslim tak boleh masuk gereja. i pegi holiday europe masuk jaaa cathedrals yang ada kat situ. nengok2 aje. bukan ko smayang memuja tuhan dia.
Quote abadi84 1-10-2020 02:05 PM
Klu tak menyentuh sensitiviti agama.kristian ok jer
Quote djzara81 1-10-2020 02:11 PM
Pasni buat mv kat kubur ye dik mael.
Quote lavendernovella 1-10-2020 02:27 PM
Starting tu bahasa arab ker, mcm best jer...
Quote sleepandream 1-10-2020 03:51 PM
nanasno replied at 1-10-2020 02:02 PM
ok je iols rasa. kena la ngan lagu heols. lagipun bukan nya muslim tak boleh masuk gereja. i pegi ho ...

tak payah sampai europe.. iols dkt malaysia pun iols visit temple semua..
takde isu apapun
Quote taji2906 1-10-2020 05:01 PM
aku sekolah dlu ada gak pergi gereja. kwn2 aku siap boleh memain dgn holy water dorang tu. haha
Quote luvcomot87 1-10-2020 05:11 PM
Ramai la org view MV dik mail nnti.. pndi dik mail
Quote asma87 1-10-2020 05:19 PM
Kat gereja mmg ada upacara nyanyi2 tu kan??tengok cite omputih n pinoy salu ade
Quote umbut 1-10-2020 05:25 PM
Ok je... bukan ko sembahyang zohor kat situ kan
Quote nolya 1-10-2020 08:28 PM
stingerstorm replied at 1-10-2020 12:18 PM
Janji lu tak buat solat tahyatul masjid didalamnya bro...

And dont forget  observe physical dista ...

Definetly dia tak akan buat solat tahyatul masjid dlm gereja. Namapun Tahyatul masjid bukan tahyatul gereja kan?.
Quote nolya 1-10-2020 08:42 PM
Edited by nolya at 1-10-2020 08:49 PM
lavendernovella replied at 1-10-2020 02:27 PM
Starting tu bahasa arab ker, mcm best jer...

Boleh cuba dgn pengenalan lagu Selimut Putih dinyanyikan bergaya Immortal Song, permulaannya berlenggok qasidah. Qasidah kalau dpt dinyanyikan penuh gaya boleh meruntun jiwa.

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.038927 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top