Bila sebut je hospital untuk pesakit mental hanya dua tempat je yang popular di Malaysia dan mungkin kita selalu dengar iaitu Hospital Permai, Tampoi (dalam cerita animasi Keluang Man) dan Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan. Walaupun nama hospital tersebut adalah Hospital Bahagia, namun Tanjung Rambutan sering dijadikan bahan jenaka yang dikaitkan dengan tempat untuk pesakit mental sedangkan banyak tempat dan kisah menarik disebalik pekan kecil yang terletak di daerah Kinta, Perak ini.
Pernahkah anda tertanya-tanya tentang bagaimana dan dari mana datangnya nama Tanjung Rambutan? Artikel kali ini, kita akan cuba merungkaikan serba sedikit berdasarkan maklumat penceritaan lisan turun temurun. Terdapat dua versi penceritaan tentang sejarah asal Tanjung Rambutan di negeri Perak. Ada yang menyatakan bahawa Tanjung Rambutan mula wujud dalam sekitar tahun 1800. Dipercayai bahawa kawasan perumahan taman Ulu Kinta Raya yang ada sekarang di Tanjung Rambutan adalah merupakan kawasan penempatan awal yang dibuka oleh mereka yang berhijrah dari Sumatera dari keturunan Rawa. Ada versi penceritaan lain pula menceritakan tentang sekumpulan keturunan dari Mandailing yang datang dari Sumatera dan membuka kawasan penempatan di Hulu Sungai Kinta. Berbalik kepada penceritaan tentang bagaimana nama Tanjung Rambutan diberi. Kisahnya terdapat satu tanjung yang ada di Sungai Kinta dan terdapat sebatang pokok rambutan yang sebesar pemeluk orang dewasa di tanjung itu. Oleh yang demikian, kawasan tersebut diberi nama sebagai Tanjung Rambutan. Difahamkan bahawa lokasi asal pokok rambutan itu dahulu terletak berhampiran dengan Stesyen Keretapi Tanjung Rambutan. Sewaktu negeri Perak berada dibawah pentadbiran penjajahan British, Tanjung Rambutan mula berkembang pesat. Dalam tahun 1911, sebuah hospital sakit jiwa telah dibina berhampiran landasan keretapi. Sekadar maklumat tambahan, nama asal kepada hospital sakit jiwa yang begitu sinonim dengan Tanjung Rambutan ini adalah Federal Lunatic Asylum dan Dr. W.F. Samuel telah dilantik menjadi Penguasa Perubatan yang pertama. Jadi begitulah serba sedikit tentang sejarah Tanjung Rambutan untuk pengetahuan semua. - CARI Sumber - orangperak.com |
yuki812 replied at 2-10-2020 08:07 AM
Aku selalu ingat orang dok cakap hospital tanjung rambutan tu sekadar cakap2..ala2 kisah masyarakat. ...
imanamsyar replied at 2-10-2020 11:43 AM
pernah dengar satu versi yang kata tanjung rambutan mental health ni asalnya ditubuhkan berdasarkan ...
ADVERTISEMENT