Memesan gelanggang bola keranjang ketika tidur merupakan antara perbuatan aneh dilakukan seorang wanita yang mengalami masalah penyakit jarang ditemui. Harian Metro yang memetik Daily Star melaporkan, Kelly Snipes, 38, dari United Kingdom tidak sedar dirinya berbelanja dalam talian ketika tidur.
Dia hanya menyedari perbuatannya itu selepas menerima emel resit pembelian barangan berkenaan yang dibelinya dari eBay. Malah, dia terpaksa menolak apabila sebuah lori membuat penghantaran set lengkap gelanggang bola keranjang ke rumahnya. "Saya terpaksa menolak penghantaran itu. Saya tidak pernah meletakkan maklumat kad kredit apabila saya membeli barangan dalam talian kerana semuanya disimpan dalam telefon bimbit saya. "Semuanya ada dalam telefon saya dan hanya boleh diakses menerusi sentuhan," katanya dipetik Daily Star.
Selain itu, dia juga pernah membelanjakan beberapa ratus pound dengan membeli manisan. Kelly berterima kasih kepada suaminya, Jamie, 40, kerana sangat memahami keadaannya dan sentiasa memberi sokongan. "Kami cuba menetapkan langkah keselamatan untuk memastikan saya sentiasa selamat. "Saya juga meminta suami berjaga memerhati saya ketika tidur, kadangkala dia juga tertidur," katanya. Selepas menjalani ujian, Kelly menemui penawar kepada penyakitnya itu dengan kaedah rawatan untuk pesakit Sindrom Tidur Berapnea atau Obstructive Sleep Apnoea (OSA) iaitu menggunakan mesin Continuous Positive Airway Pressure (CPAP) yang membantu meningkatkan tahap oksigen dalam badan. - CARI
|
ip_lepat replied at 4-10-2020 01:52 PM
semoga @sarah82 tk smpai tahap mcmni
sarah82 replied at 4-10-2020 02:02 PM
Hahahahaaha.. Tak ada.. Cuma tido dulu.. Lepas tu gigih bangun 12 tghmlm sbb nak berebut beli sabu ...
ip_lepat replied at 4-10-2020 02:04 PM
ok... klu topik ni timbul blk kt sana, hang blh dah kelim royalti
sarah82 replied at 4-10-2020 02:08 PM
Hahaha..sebab komen tu terlalu naif..terus depa ambik buat ayat promosi.. Hahahaha
ip_lepat replied at 4-10-2020 02:11 PM
reporter yg sama tered pedo tu
ada peluang naik lagi
sarah82 replied at 4-10-2020 02:02 PM
Hahahahaaha.. Tak ada.. Cuma tido dulu.. Lepas tu gigih bangun 12 tghmlm sbb nak berebut beli sabu ...
MsKoreanfanatic replied at 5-10-2020 01:34 PM
iols sanggup tk tido tgg 12mlm kaut semua voucher yg ada
Sho*** Laz*** tu semua dah la vouc ...
ultra78 replied at 5-10-2020 01:15 AM
Baca tajuk aje terbayangkan sarah82.
sarah82 replied at 5-10-2020 01:39 PM
Hahahhahahaha.. Iols x berseorangan rupanya.. Gigih kan kita ni.
ADVERTISEMENT