CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Demi Drama Jejaka Badan Sado, A.Aida Sanggup Berhabis RM146,980

5-10-2020 12:10 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 9079| Komen: 51|Original author: Oleh: Saiful

Datuk A Aida sanggup berhabis RM146,980 untuk membeli tiga kamera bagaru untuk drama Bidadari Salju yang bakal ditayangkan Disember nanti.

Kata penerbit terkenal ini, dia melabur banyak untuk babak bermain bola sepak yang menggunakan khidmat lebih 20 pelakon ekstra membabitkan jejakan berbadan sado.



"Saya fikir agak lama juga tidak buat drama di slot ini. Ditambah pula, drama adaptasi ini jalan cerita berbeza dengan yang lain dan saya mahukan sesuatu yang baru bukan saja dari segi 'shot', tapi juga 'look' drama ini. Kebetulan, pengarah, Riza Baharudin ada kepakaran itu. 

"Apabila dia cakap nak gunakan tiga kamera, saya tak fikir panjang dan terus buat tempahan. Semuanya demi drama ini agar hasilnya nanti lebih menarik dan berkualiti.

Foto: IG
"Dalam masa sama, drama ini ada babak bermain bola sepak. Justeru, saya berasakan ia perlu diberi perhatian dan bukan sekadar 'shoot' biasa saja. Jadi, saya dan pasukan berbincang untuk mencari pelakon extra yang sesuai dengan babak itu.

"Saya buat uji bakat dan menetapkan kriteria kena remaja dan sado. Bagi saya, pemain bola perlu kelihatan 'fit' barulah nampak 'real'. Takkan saya nak ambil yang boroi pula kan. Memang tak sesuai," katanya seperti dipetik di Harian Metro.



Sementara itu, pengarahnya, Riza berkata, ini merupakan kali pertama dia mengarah menggunakan tiga kamera.

"Ini kali pertama saya dapat 'shoot' menggunakan tiga kamerra. Sebelum ini satu atau dua kamera saja. Ada sebab saya nak gunakan tiga kamera. Ini kerana, kalau pengkarya luar, mereka menggunakan enam sehingga tujuh kamera.


"Mereka gunakan banyak teknik kamera untuk mendapatkan lebih banyak 'shot' dan reaksi untuk setiap babak. Alhamdulillah, saya tahu dan ada kelebihan di situ untuk memudahkan kerja semua orang dan mencantikkan hasil kerja.

"Sebenarnya saya saja uji Datuk dengan buat permintaan tiga kamera, tak menjangka pula dia bersetuju. Tapi, apabila dah bagi, saya kena buat yang terbaik. Saya kena tunjuk yang lebih baik." -CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote luvcomot87 5-10-2020 12:16 PM
Oo beli kamera.. Igt perabis duit buat muka lagi...{:run
Quote Clara90 5-10-2020 12:22 PM
luvcomot87 replied at 5-10-2020 12:16 PM
Oo beli kamera.. Igt perabis duit buat muka lagi...{:run

hahhaha same la
Quote luvcomot87 5-10-2020 12:42 PM
Clara90 replied at 5-10-2020 12:22 PM
hahhaha same la

Kalau sekilas mmg xnmpk mcm a.aida dah.. nmpk cm BBNU je tp leher gn tgn tetap kertuuu.. kekeke
Quote haryatie 5-10-2020 12:53 PM
lainnya muka dia
Quote red_borris 5-10-2020 12:59 PM
muke a.aida ni sekarang iras2 DR BELLO (doctor muke terkenal di phil sane nuun.. doctor to the stars kat sane)..
Quote prettyuglybabe 5-10-2020 01:00 PM
dia ni kalau bukan cerita jantan, cerita duit
anyway, awat muka pegun dengan muka gerak tak sama
Quote espri6006 5-10-2020 01:01 PM
teringat zamana dia berlakon dengan aziz m osman kot dulu tahun 90an, tajuk dah lupa tapi something like Gulai Nenas ikan Masin macam tu la...memang totally lain sangat rupa dia. Ibarat Mahima Chaudry mula berlakon filem Pardesh lepas tu berlakon filem lain, lain kan. Ni sama lah spesisnya.
Quote Kurex 5-10-2020 01:01 PM
Kalau drama macam ni, iols sokong je
Quote BicaraHatiku 5-10-2020 01:06 PM
Ada duit pergi la buat kening...bersepah nye sissss.
Quote luvcomot87 5-10-2020 01:56 PM
espri6006 replied at 5-10-2020 01:01 PM
teringat zamana dia berlakon dengan aziz m osman kot dulu tahun 90an, tajuk dah lupa tapi something  ...

I think tajuk tu Gulai nenas pucuk paku kan.. yg sorng jiran suka gulai nenad yg sorang suka pucuk paku.. sbb igt ade jgk tgok awal2 die berlakon dulu.. idung mmg lain mcm sgt
Quote espri6006 5-10-2020 01:59 PM
luvcomot87 replied at 5-10-2020 01:56 PM
I think tajuk tu Gulai nenas pucuk paku kan.. yg sorng jiran suka gulai nenad yg sorang suka pucuk ...

ye lah kot  sebab dah lama sangat kan. Uol perasan gak kan..memang lain benor muka dia tu, Rasanya dia buat dagu dan hidung...
Quote belilies 5-10-2020 01:59 PM
Promo kemahen gah. Hujung2 mcm ratu kala jengking. Dahle muka acik ni lembam semacam
Quote luvcomot87 5-10-2020 02:08 PM
espri6006 replied at 5-10-2020 01:59 PM
ye lah kot  sebab dah lama sangat kan. Uol perasan gak kan..memang lain benor muka dia tu, Rasanya ...

Yer i perasan bentuk muke die bulat mse tu dan xde jawline yg sharp n tulang pipi tinggi mcm skrg .. yg sama skrg suara jer.. kekeke
Quote naina 5-10-2020 02:21 PM
Look hot la jugak. Dengan body sebegitu. She happy je sbb selalu buat gym. Nampak muda.dgn karekter gedik2. Tak sangka dia cmtu ehh..ingat serius je orangnya
Quote biozipstar 5-10-2020 02:22 PM
yg dia bakao lilin tu nampak muda chuols... hahah
Quote kirana_22 5-10-2020 02:26 PM
Dah macam Safiey Ilyas dah iols tengok...
Dgn suara2 sekali pulak tuh
Quote kirana_22 5-10-2020 02:28 PM
naina replied at 5-10-2020 02:21 PM
Look hot la jugak. Dengan body sebegitu. She happy je sbb selalu buat gym. Nampak muda.dgn karekter  ...

Khenn???
Nampak la sheols jenis happy go lucky gedik2 manja gitu.  
Kalu nampak gambar je ingt jenis pompuan garang gitu...
Quote rosannazmia 5-10-2020 02:35 PM
kirana_22 replied at 5-10-2020 02:26 PM
Dah macam Safiey Ilyas dah iols tengok...
Dgn suara2 sekali pulak tuh


Dia mmg sado sjk Dr mude..pepepon idola ni..body tetap maintains wpon laki dah berkali n anak 3 ..bodi tetap dijaga..bapakkk lah susah nak Jaga bodi bila msk 40s ni..muka xpola gak leh adjust tp bodi hakak kagum ngn tok Aida bff ms mude dia tin sofaea Jane yg sama umur dgn dia n vee Imran pon idola ku jua msg2 maintain bodi n muka.jeles nye..
Quote MadameOnion 5-10-2020 02:53 PM
body lawa..muka pun construction elok..tapi time covid ni camna nak keluar negara maintain muka tu? kat malaysia ada ke?

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 06:37 AM GMT+8 , Processed in 0.048431 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top