CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pembunuhan CEO Cradle Fund - Nazrin Kongsi Kehidupan Perkahwinan Pada Eliza Elias?

6-10-2020 02:34 PM| Diterbitkan: kp5x| Dilihat: 13088| Komen: 29|Original author: Oleh: kp5x

Kredit foto : FMT, Vulcan Post, crunchbase

Pada perbicaraan 2 Oktober 2020 di Mahkamah Tinggi Shah Alam, pihak pembelaan membantah keterangan saksi ke-29, Eliza Elias, 44, yang disifatkan sebagai 'hearsay'.

Memetik Bernama, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dalam hujahnya merujuk kepada beberapa perenggan dalam kenyataan saksi berkata, ia tiada kaitan dengan kes pembunuhan Nazrin Hassan. 

Terdahulu, Eliza yang juga Naib Presiden Pemasaran dan Pembangunan Ekosistem Cradle Fund ketika membacakan keterangan saksinya di hadapan Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman antara lain menyatakan, beliau berkenalan dengan Nazrin pada 2006 dan pernah bekerja dengan sebuah syarikat sebelum menyertai Cradle Fund.

Beliau turut menceritakan kehidupan perkahwinan Nazrin serta keperibadian bekas majikannya yang bukan seorang pemarah, tetapi tegas.


Muhammad Shafee dalam bantahan lisan beliau turut memetik perenggan berkenaan, termasuk Nazrin menceritakan kepada Eliza mengenai barang yang dibeli dari luar negara dirosakkan.

"Saksi kata (menerusi pernyataan saksi) yang beliau tidak tahu apa-apa perkembangan isu berkenaan."

"Mengikut perenggan ketujuh pula, saksi menyatakan anak Nazrin ada bermalam di rumah Nazrin tetapi tidak suka ke rumah itu, sekadar untuk menjaga hati Nazrin," katanya.

Menerusi pernyataan sama, Eliza menyatakan Nazrin memberitahunya gaji beliau digunakan bagi membayar sewa, belanja anak-anak dan kad kredit.

"Ini semua tiada kaitan dengan kes (pembunuhan Nazrin). Ia juga bukan kenyataan yang close (dekat) (kepada kes itu). Saya tidak nampak apa kaitannya.

"She obviously heard it from (Jelas beliau dengar semua ini daripada) Nazrin atau anaknya," tambahnya.

Timbalan pendakwaraya, Mohd Asnawi Abu Hanipah dalam hujahannya berkata, semua keterangan itu adalah fakta diceritakan Nazrin kepada Eliza selain menunjukkan hubungan antara kedua-duanya.

"Inilah fakta yang saksi katakan diberitahu kepadanya oleh Nazrin. Ini hubungan antara Nazrin dengan orang yang berada di dalam rumahnya. Ia direct evidence (bukti langsung). Mahkamah boleh menerima fakta ini bergantung kepada keterangan lain," katanya.

Berita Harian melaporkan, eterangan saksi itu kemudiannya diarahkan untuk ditangguhkan sementara sehingga permohonan bantahan secara bertulis dikemukakan pihak pembelaan kepada mahkamah.


Kredit foto : The Straits Times

Pada perbicaraan bertarikh 25 September, pihak pembelaan berhujah bahawa keterangan saksi ke-28, Muhammad Nabil yang juga merupakan bekas pemandu peribadi Nazrin sebagai mengelirukan dan terpengaruh dengan pelbagai teori. 

Keterangannya dikatakan mencampuradukkan perkara yang berlaku semasa di rumah Nazrin dengan apa yang dibaca di media sosial terutamanya di laman Facebok 'Justice For Nazrin' dan 'Memories of my beloved brother arwah Ying-Nazrin'.

Muhammad Nabil bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

Pada 12 Mac 2019, bekas eksekutif kanan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia, Samirah Muzaffar, 45, yang juga isteri Nazrin dan dua remaja lelaki masing-masing berusia 17 dan 14 tahun didakwa bersama seorang warga Indonesia yang masih bebas, Eka Wahyu Lestari membunuh Nazrin. 


Kredit foto : Malay Mail

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Mutiara Damansara antara jam 11.30 malam 13 Jun dan 4 pagi 14 Jun 2018. - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MsPercy 6-10-2020 03:24 PM
Share problem rumahtangga pada coworker ker?
Quote orkidorkido 6-10-2020 03:40 PM
MsPercy replied at 6-10-2020 03:24 PM
Share problem rumahtangga pada coworker ker?

Ramai macam tu kat luar sana
My office dulu, duk cerita hal dalam kelambu lagi antara jantan betina eeiii
Quote manehnya 6-10-2020 03:45 PM
Apa masalah nya, biasa la tu Kan, sembang2
Quote jacktothequeen 6-10-2020 03:53 PM
manehnya replied at 6-10-2020 03:45 PM
Apa masalah nya, biasa la tu Kan, sembang2

entahnya..sembang2 kedai kopi..
Quote monreyes 6-10-2020 04:04 PM
kalau dah rapat tu sedikit sebanyak mesti terkeluar hal2 personal..
Quote VespaSilbe 6-10-2020 04:06 PM
Kalau gaji arwah 20 k tak cukup ni
Quote Normabaru 6-10-2020 04:27 PM
So isu dia apa kat sini?bkn ckp dia tidur sama pon..cite pon takat psl duit gaji je..
Quote cmf_blingblings 6-10-2020 04:30 PM
MsPercy replied at 6-10-2020 03:24 PM
Share problem rumahtangga pada coworker ker?

Actually bos aku dulupun macam tu, lama-lama bini dia tau, bini dia pulak bercerita kat aku...dengar ajalah
Jgn masuk campur hal laki bini orang sudah, masa tu aku baru 22 tahun depa anak dah berderet
Quote CocoCily 6-10-2020 04:44 PM
manehnya replied at 6-10-2020 03:45 PM
Apa masalah nya, biasa la tu Kan, sembang2

dah banyak terjadi especially berlainan gender ni. mula mula cerita cerita, lama lama getting deeper, emotionally attached.

Quote lavendernovella 6-10-2020 04:45 PM
Tingat movie julia robert, sleeling with enemy.
Quote zeitabaei 6-10-2020 05:13 PM
Masa praktikal dulu boss selalu panggil srmbang sbb nak citer masalah rumahtangga
Quote tikusmontok 6-10-2020 05:23 PM
memula sembang, lepas tu sumbang...hal rumahtangga berciter dgn ofismate esp berlainan gender adalah satu kesilapan.
Quote mizruncing 6-10-2020 05:30 PM
bila la kes ni nk setel. mcm takde kena mengena pn terlibat sama. so kes jadi panjang
Quote Nham22 6-10-2020 07:07 PM
Kdg2 bila die cerite tu release sikit stress die... Org stress kene luahkan masalah yg menghantui pemikiran die.. Kalau tidak bole trigger emosi...
Quote TomyamPuteh 6-10-2020 07:22 PM
Bknnya pyh pon nk dgr org bercerita. Tadah je lah telinga tu...
Quote aderaderker 6-10-2020 07:27 PM
Boleh bercerita,  masalahnya tak membantu apapun dlm kes.
Buang masa..
Quote glump 6-10-2020 07:43 PM
Tapi memang ada bos or co-worker yg suka sembang hal spouse.some sgt detail some just general cam wife boss suka kumpul orkid, perfume,suami si A suka ride,keluarga si C semua dok Kat oversea kecuali B,si D ada isteri 3,si F kaki clubbing etc. sebab sembang2 tu indirectly Kita tau cerita or routine co worker n family.
my boss selalu ckp kalau lain jantina dah cerita pasal hati,dia Tak leh jadi just friend.
Quote Orix 6-10-2020 07:50 PM
Gaji jota2 setahun pun menyewa meh ?
Quote Daftpunk_shine 6-10-2020 08:42 PM
Tak membantu siasatan. Tak ada apa yg nak kaitkan dengan suspek. We need critical evidens.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 05:38 AM GMT+8 , Processed in 0.053507 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top