CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Hati-Hati Kalau Nak Ambil Pil Jerawat Ini, Kena Faham Kesan Sampingannya Dahulu!

6-10-2020 02:02 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3938| Komen: 15



Semua individu, baik lelaki mahupun wanita inginkan kulit wajah yang flawless, bersih dan cantik. Namun, masalah jerawat sering menjadi pengganggu untuk mendapat kulit idaman!

Terdapat pelbagai cara dan produk yang boleh digunakan untuk merawat masalah kulit berjerawat, termasuk rawatan krim, pil dan juga laser.

Pun begitu, artikel ini akan mengupas mengenai pil anti jerawat yang popular, Accutane yang sering diperkatakan oleh orang ramai, teruskan membaca ya!


Kenali pil jerawat isotretinoin

Isotretinoin, juga dikenali sebagai asid 13-cis-retinoik, dijual dengan nama jenama popular Accutane adalah ubat yang digunakan terutamanya untuk merawat jerawat yang teruk.

Selain itu, isotretinoin digunakan untuk merawat sejenis jerawat teruk yang disebut jerawat nodule.

Jerawat nodule bersifat ketulan berwarna merah, bengkak dan mengandungi nanah terbentuk di kulit. Sekiranya tidak dirawat, jerawat ini boleh menyebabkan parut kekal.

Doktor anda hanya akan memberikan preskripsi isotretinoin apabila rawatan lain, termasuk antibiotik, tidak dapat membantu masalah jerawat nodule anda.

Walaupun isotretinoin dapat membantu merawat masalah jerawat ini, ia juga boleh menyebabkan banyak kesan sampingan.

Sebilangan kesan ini boleh menjadi serius, terutamanya jika ubat diambil semasa kehamilan.

Antara kesan sampingan ringan daripada pengambilan isotretinoin boleh merangkumi:

  • Kulit kering
  • Bibir kering dan pecah
  • Mata berasa kering
  • Hidung berasa kering

Kesan-kesan sampingan di atas boleh hilang dengan sendirinya. Sekiranya jerawat tidak sembuh atau menjadi lebih bermasalah, segera hubungi doktor anda!

Demikian hanyalah kesan-kesan sampingan yang ringan. Seterusnya pula adalah antara risiko yang lebih serius dalam jangka masa panjang kepada kesihatan, seperti:


#1 Peningkatan tahap kolesterol



Isotretinoin dapat meningkatkan kadar lemak dan kolesterol dalam darah anda. Semasa dalam rawatan, doktor anda mungkin mencadangkan ujian darah secara berkala untuk memeriksa tahap lemak dan kolesterol anda.

Anda lebih berisiko tinggi menghadapi masalah ini sekiranya:

  • Menghidap diabetes
  • Gemuk
  • Mempunyai sindrom metabolik
  • Minum alkohol

Jika anda memiliki kesan sampingan ini, biasanya ia akan hilang apabila selesai menjalani rawatan dengan isotretinoin.


#2 Masalah sendi dan otot

Isotretinoin juga boleh menyebabkan sakit pada tulang, sendi, otot, dan ligamen anda. Ia juga dapat menghentikan pertumbuhan tulang panjang pada remaja, yang boleh memberi kesan kekal.

Sekiranya anda mempunyai gejala-gejala berikut, hubungi doktor dengan segera:

  • Mendapat sakit belakang
  • Terasa sakit pada sendi
  • Patah tulang

Sekiranya kemalangan berlaku dan anda patah tulang, pastikan unuk memberitahu pihak hospital atau klinik bahawa anda sedang mengambil pil isotretinoin.


#3 Tekanan pada otak 

Ia amat jarang, namun isotretinoin dikatakan boleh menyebabkan peningkatan tekanan pada otak.

Perkara ini boleh menyebabkan kehilangan penglihatan secara kekal dan, dalam kes yang jarang berlaku, kematian.

Berhenti mengambil isotretinoin dan segera hubungi doktor jika anda mempunyai gejala-gejala berikut:


#4 Kerosakan organ

Tahukah anda, ubat ini berpotensi merosakkan organ dalaman anda? Organ tersebut merangkumi hati, pankreas, usus, dan esofagus (tiub yang menghubungkan mulut dan perut anda).

Tetapi, usah risau kerana kesan sampingan ini jarang berlaku. Namun, hentikan pengambilan isotretinoin dan hubungi doktor anda sekiranya mempunyai simptom-simptom berikut:

  • Sakit teruk di perut, dada, atau perut bawah
  • Masalah menelan atau sakit semasa menelan
  • Pedih ulu hati
  • Cirit-birit
  • Berlaku pendarahan dari rektum anda
  • Air kencing berwarna gelap

#5 Masalah pendengaran



Isotretinoin boleh menyebabkan masalah pendengaran yang serius dalam kes yang jarang berlaku.

Berhenti menggunakan ubat ini dan segera hubungi doktor jika pendengaran anda bertambah buruk kerana ia mampu membuatkan pekak secara kekal!


#6 Masalah penglihatan dan mata

Ubat ini juga dikatakan boleh menyebabkan masalah penglihatan seperti kabur, penglihatan berganda, dan penglihatan yang sempit.

Selain itu, isotretinoin boleh menyebabkan mata anda mengeluarkan lebih banyak air mata daripada biasa.

Sekiranya anda memakai kanta lekap, anda mungkin menghadapi masalah memakainya semasa mengambil ubat ini.

Semua masalah penglihatan dan mata ini jarang berlaku. Walaupun begitu, hentikan pengambilan isotretinoin dan hubungi doktor sekiranya anda mempunyai masalah dengan penglihatan, peningkatan jumlah air mata, atau mata yang kerap kering.


#7 Masalah kesihatan mental

Perkara ini juga sangat jarang berlaku, tetapi isotretinoin dikatakan boleh menyebabkan masalah kesihatan mental yang serius.

Ini termasuklah kemurungan, psikosis (kehilangan sentuhan dengan realiti), dan mempunyai pemikiran atau tindakan untuk membunuh diri.

Berhenti menggunakan isotretinoin dan hubungi doktor anda dengan segera sekiranya mempunyai gejala berikut:

  • Peningkatan perasaan sedih
  • Kehilangan minat dalam aktiviti yang anda gemari
  • Terlalu banyak tidur atau sukar tidur
  • Senang marah atau lebih agresif daripada biasa
  • Perubahan selera makan atau berat badan
  • Kekurangan tenaga
  • Mengasingkan diri daripada rakan atau keluarga
  • Masalah menumpukan perhatian
  • Perasaan tidak berharga atau rasa bersalah
  • Fikiran mencederakan diri sendiri atau meragut nyawa sendiri
  • Mengalami halusinasi (melihat atau mendengar perkara yang tidak nyata)

#8 Wanita hamil

Sekiranya anda seorang wanita yang hamil atau cuba hamil, anda harus mengelakkan daripada menggunakan isotretinoin walau seteruk mana pun masalah jerawat!

Ini kerana mengambil ubat ini semasa mengandung membawa risiko kecacatan kelahiran yang sangat tinggi.

Terutamanya jika ubat itu digunakan dalam jumlah yang banyak dan bahkan untuk jangka masa yang pendek.

Sekiranya anda hamil semasa dalam rawatan dengan isotretinoin, hentikan pengambilan ubat tersebut dengan segera!

Isotretinoin boleh menyebabkan kecacatan kelahiran seperti:

  • Kelainan pada muka, mata, telinga, dan tengkorak
  • Masalah dengan sistem saraf pusat, sistem kardiovaskular, dan kelenjar timus dan paratiroid
  • Pengurangan IQ
  • Keguguran dan kelahiran pramatang



Sumber : hellodoktor.com


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 6-10-2020 02:30 AM
Baru aku tau kewujudan ubat jerawat.
Quote seribulan 6-10-2020 07:16 AM
sarah82 replied at 6-10-2020 01:30 AM
Baru aku tau kewujudan ubat jerawat.

Ditto







.



Quote sarah82 6-10-2020 07:56 AM
seribulan replied at 6-10-2020 07:16 AM
Ditto



Selama ni x pernah ambik.. Pernah jadi jerawat teruk dulu.. Lepas tu ok.. Pakai bedak sejuk saja.
Quote Eliadaisy83 6-10-2020 08:17 AM
Dah pernah ambil dulu roaccutane, mmg muka jd ploles, jerawat xberani nak munculkan diri lg tp nasib baik takde pula apa2 kesan sampingan seperti yg diperkatakan...mungkin iol ambil dlm masa 3bulan saja kot.
Quote qemon 6-10-2020 08:35 AM
I pernah ambil accutane sebab doc yg prescribe. Diorang memang advise minum air byk, bibir akan kering. Kalau plan nak pregnant, atau tengah breastfeed anak, TAK boleh consume. Tapi masa tu i bujang lg, so i ambil la atas nasihat doctor. Cara makan pun ikut dos, ambil dlm 3 bulan. Dos akan dikurangkan sikit demi sedikit. Apa2 pun, kena ikut nasihat yg pakar.
Quote Skydiva 6-10-2020 09:00 AM
Haah, klu mkn accutane mmg kena minum air byk. Lps tu, kalau ikut ethics die, yg boleh prescribe isotretinoin ni cume specialist je i.e. dermatologist. Tp rase mcm kebanyakan aesthetic klinik akn prescribe isotretinoin wpun diorg bkn specialist. Klu kena raid kkm abes diorg. And biasa dermatologist akn prescribe kat kes2 yg jerawat yg mmg degil je, klu takat jerawat2 biasa diorg akan bagi antibiotic doxy tu je.
Quote husna_amal 6-10-2020 09:32 AM
Cuci muka guna cetaphil pun ok bagi elak naik jerawat.
Quote kookiechip 6-10-2020 09:34 AM
Pernah nk amik ubat jerawat, tp takut.
Kalau jerawat pun ada 2-3 je yg muncul dkt pipi, bukan penuh satu muka.
Hahahahaha. So I end up makan propolis pill.
Jerawat pun takde muncul selalu
Quote Knowlee 6-10-2020 09:47 AM
I pernah amik Doxycycline, pakai krim tretinoin. Semua prescribed by government doc. Beberapa bulan pertama ok, after that kulit jadi terlampau sensitif. Krim tretinoin tu pakai malam saja sbb dia sensitif kepada cahaya matahari. Siang pakai sunblock. Tapi kulit muka jadi merah padam mcm udang kena bakar. Pastu kulit menggelupas teruk. Pedih gila. Then doc suruh stop, tukar ke Azelaic Acid. Sampai sekarang pakai Azelaic Acid.
Quote Knowlee 6-10-2020 09:48 AM
Sekarang naik jerawat balik sbb sensitif pada mask pulak dah... Dipanggil Maskne. {:freak
Quote helicornia 6-10-2020 09:48 AM
aku penah amik ubat ni  Dr pakar kulit prescribe. masa muda dulu mmg banyak jerawat sbb kulit berminyak
Quote awanysss 6-10-2020 10:18 AM
Knowlee replied at 6-10-2020 09:47 AM
I pernah amik Doxycycline, pakai krim tretinoin. Semua prescribed by government doc. Beberapa bulan  ...

azelaic acid tu pun kena doktor yg prescribed atau boleh beli sendiri
Quote Knowlee 6-10-2020 11:04 AM
awanysss replied at 6-10-2020 10:18 AM
azelaic acid tu pun kena doktor yg prescribed atau boleh beli sendiri

Krim dia boleh beli kat farmasi, minta kat pharmacist. 20% w/w. So far tak merosakkan kulit I sbb kulit I mmg sensitif.
Quote RatuDunia94 6-10-2020 12:36 PM
Iols pakai pencuci n serum hada labo je.. dh 3 tahun maintain pakai.. alhamdulillah kulit selesa je.. x kering n xde naik jerawat.. kulit muka pun sekata je..
Quote intanazlynna 9-10-2020 10:47 AM
pernah juga Dr suggest ambil pil antibiotic Doxycyclin untuk ubat jerawat dekat my sister.. tapi my sister refused utk ambil

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 07:09 AM GMT+8 , Processed in 0.086589 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top