CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tahu Tak Berapa Usia Bumi Kita Sekarang, Macam Mana Nak Kira Umur Bumi?

6-10-2020 02:29 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5867| Komen: 14




Kita lahir je di muka bumi ini terus didaftarkan oleh ibu ayah kita dan dari tarikh kelahiran yang tercatat dalam surat beranak itu lah yang menjadi rujukan semasa untuk mengetahui umur kita selain menggunakan kad pengenalan apabila cukup dewasa.


Credit pic : https://twitter.com/racionalistaweb


Itu kalau manusia tapi agak-agak korang macam mana pula nak kira usia bumi kita sekarang ini? Artikel yang sangat menarik yang dipetik dari ajar.com.my kali ini akan merungkai bagaimana usia bumi dikira sejak dari zaman dahulu. 


Sejarah Pentarikhan Bumi

Antara orang yang pertama sedar bahawa bumi ini telah berusia lama ialah Aristotle (384-322 BC) apabila beliau mendapati bahawa terdapat cengkerang tertanam di dalam gunung batu kapur. Lantas, beliau mengeluarkan satu kesimpulan bahawa gunung tersebut pernah berada di lautan pantai dan akhirnya diangkat menjadi gunung. Ye la, siapa rajin sangat nak tanam kerang atas gunung. Proses yang terjadi ini tidak mungkin terhasil dalam suatu hari, namun pada masa yang lama fikirnya.


Setelah lama dunia geologi sunyi sepi tak diperbaharui, polymath dunia Islam Ibnu Sina menukilkan perihal geologi dalam kitabnya “Kitab Ash-Shifa” yang diterbitkan pada tahun 1027. Pada Bahagian 2, Seksyen 5, kitab ini menggariskan beberapa asas-asas geologi yang menganjakkan kefahaman manusia tentang Bumi yang mereka pijak ini, terutamanya hakikat bahawa Bumi ini teramatlah tua dan lapisan batu yang berada di bawah mestilah lebih tua daripada lapisan yang atas. Asas-asas yang bernas dan menjangkau waktunya ini walaupun hebat namun masih tidak mampu memberikan usia bernombor pada Bumi.


Percubaan Mengangkakan Tarikh

Leonardo Da Vinci (1452-1519) memerhatikan batu-batuan yang berada di gunung merupakan mendapan yang dibawa oleh laluan bendalir seperti sungai. Hasil daripada kerja kejuruteraan pada terusan dan sungai di Sungai Po, dia mengira bahawa mendapan-mendapan di situ berusia lebih kurang 200,000 tahun lantas menyimpulkan bahawa usia Bumi seharusnya lebih tua.

Ada beberapa saintis barat termasuk Sir Isaac Newton menggunakan sebuah kitab utama agama mereka, untuk menentukan berapa usia bumi sebenarnya dan mereka mendapati bahawa bumi ini berusia lebih kurang 6,000 tahun. Ini juga menjadi asas mengapa sesetengah orang sukar untuk mempercayai dinosaur itu wujud kerana usia fosil dinosaur ialah ratusan ke puluhan juta tahun.

Lord Kelvin @ Sir William Thomson (ye, yang absolute temperature atau °K tu) pada tahun 1862 juga mencuba try test dalam mengira usia Bumi melalui formula kecerunan haba (thermal gradient) dan menjumpai bahawa usia Bumi ialah lebih kurang 100 juta tahun. Beliau menganggap bahawa Bumi lahir sebagai satu bebola cecair secara keseluruhan dan mengira berapa lama masa untuk bebola tersebut mengeras sehingga ke lapisan yang paling luar. Namun begitu, pengiraan tersebut salah kerana beliau tidak mengambil kira haba yang terhasil melalui pereputan radioaktif (radioactive decay) dan yang paling penting perolakan (convection) yang dialami oleh mantel, yang menyebabkan penahanan haba yang berpanjangan. 



Penemuan Radioaktif

Pada tahun 1898, Marie dan Pierre Curie menemui elemen radioaktif polonium dan radium dan pada 1903, Pierre Curie dan Albert Laborde mengumumkan bahawa radium menghasilkan haba yang cukup melalui pereputan radioaktif bagi mencairkan ais yang sama beratnya di bawah masa sejam. Selepas penemuan ini, ahli geologi sedar bahawa banyak perkiraan yang telah dilakukan oleh saintis-saintis sebelum ini tersilap anggap.

Radioaktif membuka satu jalan baru dalam merungkaikan misteri umur Bumi dan menguburkan segala teknik lapuk. Ini dilakukan melalui teknik pentarikhan radiometrik (radiometric dating – sekali lagi, bukan maksiat).

Ernest Rutherford berjaya membuktikan bahawa atom mereput dan membentuk atom yang lebih ringan pada masa yang tertentu. Untuk memudahkan hidup saintis-saintis yang lain, beliau mengadakan suatu konsep iaitu konsep separuh hayat (half-life, bukan game Valve) iaitu masa yang diambil bagi sesuatu elemen untuk berkurang menjadi separuh. Dia hampir gaduh dengan Lord Kelvin sebab dia nak bagitau Kelvin ni silap, tetiba dia dapat ilham lalu berkata “Lord Kelvin ni telah mengehadkan umur Bumi, sebab kita tak cukup maklumat dan tiada penemuan baru. Jadi wahyu baru yang kita tengah ambil kira ada di depan saya sekarang malam ni, Radium!”. Smooth bruh.



Cuba korang bayangkan, akaun bank korang, tapi kalau korang disiplin untuk belanja separuh setiap tahun. Jadi kalau tahun pertama ada RM40,000 dan separuh hayat bank akaun korang ialah setahun, tahun kedua akaun akan jadi RM20,000. Banyaknya belanja, nikah ke bang? Tahun ketiga akan jadi RM10,000 dan keempat RM5,000 dan seterusnya akan jadi separuh. Ini contoh je ye.

Sebenarnya, ahli geologi tak berapa suka pada teknik ini sebab mula-mula diorang guna helium tapi tak menjadi-jadi dan ramai jugak yang menyerah kalah dengan teknik ini. Namun seorang anak muda yang bernama Arthur Holmes bekerja menggunakan pentarikhan plumbum (lead dating) pada seketul batu daripada Ceylon, Sri Lanka walaupun teknik yang beliau gunakan agak berat sebelah dan tersilap anggap beberapa perkara misalnya menganggap bahawa keseluruhan batu mengandungi uranium sahaja tanpa plumbum yang telah terjadi. Namun begitu, saintis-saintis yang baru mampu untuk menempel kebanyakan kelemahan teknik Holmes.

Kerja “cikai” Holmes telah menginspirasikan teknik-teknik pentarikhan radioaktif seperti:

  1. Pentarikhan Uranium–plumbum
  2. Pentarikhan Samarium–neodymium
  3. Pentarikhan Potassium–argon
  4. Pentarikhan Uranium–thorium
  5. Pentarikhan Radiokarbon (isotop C-14)
  6. Dan pelbagai lagi yang kebanyakan korang takkan pakai dan tak perlu tau pun.

Usia Bumi

Panjang-panjang baca akhirnya sampai dekat isi yang paling penting. Sabau ye, nak habis dah.

Usia Bumi pada mulanya ditentukan melalui batu meteorit Canyon Diablo yang dianggarkan jatuh ke bumi 50,000 tahun dahulu. SIKIJAPPPPPP! Kalau nak kira umur Bumi kenapa kena guna meteorit yang bukan daripada Bumi!? Ini tanah, Bumi yang punya!

Kalau kita fikir balik, batu-batu dekat Bumi ni semua telah melalui proses-proses geologi yang telah sama ada mentohorkan atau telah membuang banyak kandungan-kandungan penting pada batu tersebut. Carlson & Tera (1998) menyatakan meteorit boleh diguna pakai kerana meteorit yang jatuh ke Bumi merupakan serpihan-serpihan yang belum jatuh ke Bumi ketika kejadiannya, jadi, meh. Pakai je.



Melalui pentarikhan isotop plumbum-plumbum meteorit tersebut pada tahun 1956, setahun sebelum Malaysia Merdeka, Patterson menyatakan bahawa Bumi ini berumur 4.55 ± 0.07 bilion tahun. Beberapa kajian lain terhadap meteorit yang lain turut mengeluarkan umur yang hampir sama.

Akhir sekali, yang terbaru, pada tahun 1999, Valley et al. (et al. = dan kawan-kawan) melaporkan bahawa mineral Zircon, ZrSiO, boleh dijadikan mineral rujukan untuk menentukan usia bumi kerana kebolehannya menumpukan kandungan uranium dan mengasingkan plumbum di samping merekod pertumbuhan mineral yang tahan lasak dan tahan lama. Pada tahun 2001, Wilde et al. melaporkan bahawa mereka telah menjumpai mineral Zircon yang paling tua iaitu di Jack Hills, Australia yang berusia 4.404 ± 0.008 bilion tahun dan umur inilah yang diguna pakai oleh kesemua ahli geologi dan saintis kaji Bumi pada zaman moden.

Tapi nota yang penting, ini ialah umur Bumi mula mengeras menjadi pepejal lalu menjadi batu! Umur sebenar kelahiran Bumi ketika ianya gas, kemudian bebola cecair, masih lagi tidak dikenal pasti secara tepat dan takkan dibincangkan. Penat tulis panjang-panjang.



Beberapa iktibar yang kita boleh ambil daripada kisah macam mana nak tahu umur Bumi ni:

  1. Ilmu sains ni senantiasa berkembang kerana ianya hanyalah setitis daripada lautan ilmu Allah yang Maha Bijaksana. Maka, sekiranya ilmu kita digantikan dengan ilmu yang baru, sekiranya teknik dan rasional yang diberikan masuk akal, kita kena move on. Macam Pakcik Kelvin dan Pakcik Rutherford. Jangan sombong kata “SaiNs dAPaT MeNJelaSkAn SemUanYA”.
  2. Jangan mudah menyerah kalah, bata yang kita tempelkan pada hari ni mungkin jadi KLCC esok, macam Pakcik Holmes.
  3. Kaji balik ilmu ulama. Ilmu-ilmu barat yang kita gahkan sangat sebenarnya berasaskan ilmu dan teknik ulama terdahulu. Bak kata sejarawan David Landes, “Islam merupakan guru Eropah.”
  4. Jangan sombong untuk belajar ilmu-ilmu barat sekiranya tidak bercanggah dengan syariat.
  5. Allah jadikan alam ni untuk kita kaji kekuasaanNya, stay curious, sentiasa cari tanda-tanda kebesaranNya.
  6. Tulis artikel jangan la panjang sangat. Penat baca. Lukis boleh lukis? Jk.

Wallahua’lam




Rujukan:

  1. Valley et al. 1999, Zircons are Forever
  2. Wilde et al. 2001, Evidence from detrital zircons for the existence of continental crust and oceans on the Earth 4.4?Gyr ago.
  3. Janke, 1996, Learning from the Past.
  4. Al-Rawi, 2002, Contribution of Ibn Sina to the development of Earth Sciences, Muslimheritage.com.
  5. England et al.,2007, Kelvin, Perry and the Age of the Earth, American Scientist.
  6. Hodge, 2007, How Old is Earth? https://answersingenesis.org/age-of-the-earth/how-old-is-the-earth/
5

Bagus
2

Marah
4

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 6-10-2020 02:44 AM
Terima kasih info. Baca banyak kali nak bagi faham. Besa la org skolah dulu p lari hihi. Terima kasih sekali lagiii
Quote lavendernovella 6-10-2020 02:54 AM
Baca byk kali
Quote vee_zara 6-10-2020 07:52 AM
Menarik. I baca sampai habis berkali2
Quote husna_amal 6-10-2020 09:28 AM
Santai je cara penulisan artikel ni.
Quote Skuau 6-10-2020 09:32 AM
panjangnya karangan....
Quote djzara81 6-10-2020 09:36 AM
Bila baca artikel ni teringat zmn sekolah dulu2.
Quote obria 6-10-2020 09:51 AM
Wow...thanks for the info
Quote jajangmyeon 6-10-2020 10:01 AM
artikel yg menarik dan lucu.
Quote Hikaripinky 6-10-2020 10:20 AM
{:laugh wwwwwwwaaaaaaahhhhhh
Quote RatuDunia94 6-10-2020 12:34 PM
Agak2 kat akhirat nanti ditunjukkan tak mcm mana bumi dicipta.. di mana penghujung alam2 semesta (ada penghujung atau tidak).. ada hidup lain tak selain manusia.. ada alam lain tak selain alam semesta kita ni..
Quote helicornia 6-10-2020 10:58 PM
cenggini {:good
Quote dusunmind 7-10-2020 12:38 AM
Syukur alhamdulillah. Best pembacaan. Mcm bercerita la pula
Quote apedehal 8-10-2020 08:32 AM
RatuDunia94 replied at 6-10-2020 12:34 PM
Agak2 kat akhirat nanti ditunjukkan tak mcm mana bumi dicipta.. di mana penghujung alam2 semesta (ad ...

Akhirat nnt to be precise kat syurga lah ye..my ustaz dolu ckp u nak apa je on de spot dimakbulkn..mnx kambing golek..zass depan mata gituh.nnt ka ratu mnx la persoaln2 tu dijawab.wallahua'lam.xtau la kalau ustaz tu menambah perisa..iols kicik lg masa tu xpndai nk mnx nas2 sohih
Quote Artemesiaa 8-10-2020 02:59 PM
Mestinya dah amat terlalu tua, apa pun info menarik

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 05:37 AM GMT+8 , Processed in 0.090024 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top