|
Setelah seorang menteri kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) disahkan positif Covid-19, hashtag 'KlusterMenteri' kini trending di Twitter dengan lebih 13,000 kicauan menggunakan hashtag tersebut. Rata-rata komen menyalahkan ahli politik yang dikatakan menjadi penyebab statistik Covid-19 di Malaysia menjadi yang tertinggi dalam sejarah. Terdahulu, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengesahkan beliau didapati positif Covid-19. Untuk rekod, angka Covid-19 di Malaysia meningkat dengan mendadak melepasi angka ketika PKP dilaksanakan sejurus tamat Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dengan kes-kes positif yang kini tersebar ke seluruh Semenanjung yang majoritinya dibawa dari Sabah. Kerajaan Malaysia menerusi MKN yang diketuai Perdana Menteri Muhyiddin Yasin hanya mewajibkan saringan wajib Covid-19 setelah berakhirnya PRN Sabah iaitu bermula 27 September. Selain ahli politik kerajaan, tidak ketinggalan ahli politik dari pihak pembangkang turut sama didapati positif. - CARI |
MsPercy replied at 6-10-2020 03:26 PM
Media x brani pon letak #klustermenteri
atira replied at 6-10-2020 09:28 PM
Katanye ada lg menteri staypositip.. kalau ye.. perghh runtuh langit twitter sbb menteri kesayangan ...
jacktothequeen replied at 6-10-2020 03:49 PM
#klustermenteri
#klusterbenak

atira replied at 6-10-2020 09:28 PM
Katanye ada lg menteri staypositip.. kalau ye.. perghh runtuh langit twitter sbb menteri kesayangan ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-2-2026 07:53 PM GMT+8 , Processed in 0.486612 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.