Pengacara dan usahawan terkenal Neelofa menegaskan bahawa penampilannya terkini mengenakan stokin kaki dan tangan adalah pilihan sendiri, bukan atas paksaan sesiapa.
"Mengenai aurat kaki... ada sesetengah pendapat orang berbeza-beza. Kalau saya memilih untuk mengenakan stokin, itu adalah pemahaman saya dan buat pilihan apa yang nak saya lakukan. "Kenapa saya pilih untuk buat sedemikian? Saya seorang yang kalau lakukan sesuatu, ia bukan atas paksaan atau pun mahu ikut orang. "Bila saya sudah faham mengenai sesuatu, saya akan lakukan," katanya kepada Harian Metro. Bersyukur penampilannya menerima respons positif daripada orang ramai, Neelofa berharap agar dirinya terus istiqamah.
"Macam dulu, kelalaian lalu berlaku atas keburukan diri saya sebelum ini. Jadi bila saya pilih nak pakai stokin kaki, tangan dan sebagainya, saya harap Allah tetapkan iman agar terus istiqamah. "Malah, saya dapat tahu ramai gadis di luar sana yang mesej saya kerana turut terinspirasi untuk mengenakan stokin dan sebagainya, Alhamdulillah," ujarnya. Bagaimanapun, Neelofa tidak kisah jika ada pihak berpendapat sebaliknya. Semoga Neelofa terus istiqamah, ya. - CARI
|
Kurex replied at 6-10-2020 11:10 AM
seriuslah sebab stoking dgn sarung tgn pun nak dijadikan gossip????
kepalatan apakah ini?????
Kurex replied at 6-10-2020 11:10 AM
seriuslah sebab stoking dgn sarung tgn pun nak dijadikan gossip????
kepalatan apakah ini?????
Kurex replied at 6-10-2020 11:10 AM
seriuslah sebab stoking dgn sarung tgn pun nak dijadikan gossip????
kepalatan apakah ini?????
ADVERTISEMENT