CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nabila Huda Berkemban Sebab Cuaca Panas

6-10-2020 12:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14741| Komen: 65

Baru-baru ini Nabila Huda ada memuat naik foto berkemban.

Katanya dia bukan sengaja nak cetuskan kontroversi.

Foto: IG

"Jadi isu ke gambar berkenaan? Saya tak nampak ada yang mempertikaikan gambar ini apabila melihat ruangan komen.

"Saya kongsi gambar kerana ia cantik dan ada nilai seni. Saya berkemban bukan sebab babak dalam lakonan, tetapi sebab cuaca panas ketika itu.



"Saya sedang menjalani penggambaran di Terengganu, waktu itu. Rumah pula tepi laut. Secara kebetulan, suami, Mohd Izwan Johar merakamkan gambar, jadi saya bergaya sakan sambil menyelitkan bunga di tepi telinga. Hasil gambar memang menakjubkan dan pencahayaan, latar belakang dan kain batik yang disarungkan memang cantik.

"Atas faktor itu, saya kongsi dalam laman media sosial. Setakat ini, saya tak nampak pula komen negatif, mungkin netizen tahu saya bukanlah jenis yang suka menunjuk tubuh semata-mata untuk meraih perhatian khalayak. Saya juga bukan sengaja nak cipta kontroversi untuk memuat naik gambar berkemban," katanya kepada BH Online.




Tambah aktres ini lagi, ramai netizen dah takut nak komen negatif tentang Nabila disebabkan dirinya sering membidas sesiapa sahaja yang mengecam tanpa usul periksa.

"Jika netizen takut baguslah. Sebelum ini, jika saya ada menerima mesej peribadi dalam IG, saya akan tanya balik apakah tidak ada kaum keluarga mereka yang berkemban.



"Bagaimanapun, tidaklah selalu saya membidas komen negatif yang dilemparkan kerana saya tahu kebanyakan yang mengecam adalah budak sekolah.

"Sebenarnya, ikut mood saya juga. Jika saya mahukan hiburan berikutan bosan, saya akan cari mana-mana komen negatif yang ditulis dan orang itulah akan menjadi mangsa. Jadi, janganlah mudah untuk memperkotak-katikkan orang dengan komen negatif dan sesuka hati," katanya. -CARI

2

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • MariSamsan

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote unguaurora 6-10-2020 12:07 PM
Vodo kan? Rasanya kalau panas lg nak tutup kulit tu
Quote mamajawie 6-10-2020 12:15 PM
cina kalu panas pun pakai payung nak tutup badan deyollss dari kena panas terik..

yelahhhhhhhhhhh ko menang
Quote SherryZass 6-10-2020 12:16 PM
Nabila huda kot, bukan nabila razali (contoh)
Quote RatuDunia94 6-10-2020 12:21 PM
unguaurora: Vodo kan? Rasanya kalau panas lg nak tutup kulit tu


Sheols bukan sejenis petaksub kulit putih mulus pun..
Quote Belibis 6-10-2020 12:22 PM
SherryZass: Nabila huda kot, bukan nabila razali (contoh)

Ntahhhh..anak amy search,bukan anak ustaz
Quote RatuDunia94 6-10-2020 12:22 PM
Tp betul lah tu.. IG mmg asalnya utk berkongsi gambar2 photography.. bukan royanan acik2 tulis kat tisu dapur.. or karangan berjela2 mengata orang..
Quote TomyamPuteh 6-10-2020 12:24 PM
Kupu Kupu berkerak atas, bawah, kiri, kanan, depan, belakang
Quote kakyungpilah85 6-10-2020 12:27 PM
Yela.. Jangan risau.. Neraka nanti leh pasang aircond 10hp ye nabila ye... {:spec
Quote chandrahusin 6-10-2020 12:30 PM
Tapi gamba background mmg stunning cantik gila
Quote She-Ra 6-10-2020 12:30 PM
hellloooooooooooooo
nabila huda laaaaaaa.. wat duyu espek?

tp dia ni aman2 jah
takde la hover perangai bukan2
dia dgn dunia dia dr dulu...
Quote newyork 6-10-2020 12:35 PM
Pengganti wan maimunah tua2 nnt
Quote umbut 6-10-2020 12:36 PM
Org zaman dulu pun berkemban je gi basuh baju kat sungai pastu mandi...
Quote ashilalat 6-10-2020 12:39 PM
Takkan korang terinzal tgk nabila huda berkemban?

Terbayang nenek nenek berkemban zaman dulu jah.
Quote haryatie 6-10-2020 12:58 PM
aku follow IG dia ni
dia mmg begini
apa lah nk heran
byk jerk gmbar dia yg seksi2
Quote lattehazelnut 6-10-2020 12:59 PM
Da lame gila gambar ni
Quote Redmyvi 6-10-2020 01:04 PM
Kalau yg amik kn gambar pn suaminya... siapalah kita utk berkata lebih2
Quote YomiuriLandMae 6-10-2020 01:06 PM
biasa je aku tgk.. xde la yg pelik sgt pun.. org2 yg kulit tanned mcm sheols la patut lagi proud tunjuk skin sbb kulit jenis ni mmg lawa pun drpd putih pale..

bab dosa pahala tu x nak komen.. sendiri mau ingat..
Quote kucingitam 6-10-2020 01:18 PM
dia menjadi diri dia sendiri..biarlah dia..

dia cantik,
gambar dia cantik,
background pun cantik.

so?
Quote Getz 6-10-2020 01:47 PM
Ckpla bkemban nak tempah tiket neraka..first come first serve..sendu dah mcm2 ko buat ye

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.059346 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top