CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Allah Sangat Baik Dengan Saya" - Akhirnya Gay Keluar Dari Dunia LGBT

6-10-2020 02:40 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 8442| Komen: 32|Original author: Oleh: natrahn



Setelah bertahun-tahun terperangkap dalam dunia golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender ( LGBT), Gavin Octavian, seorang lelaki dari Bandung, Indonesia akhirnya berjaya membebaskan diri.

Gavin tidak malu berkongsi perjuangannya untuk pulih dan keluar dari dunia LGBT. Video perkongsiannya menjadi viral di TikTok dan mendapat sambutan positif netizen.


Kredit foto: tribunnews - tik tok@gavinoss

Menerusi laman Tribunnews.com, Gavin berkongsi cerita penuh bagaimana dia mula bangun dan keluar dari dunia LGBT.


"Pada awalnya, saya tidak merasa tertarik dengan kaum sejenis dari sekolah rendah. Tetapi, mula mencari sesuatu yang serasi ketika di sekolah menengah."

Dia mengakui merasakan sesuatu yang sangat berbeza sejak di bangku sekolah dan mula berminat pada kaum sejenis ketika di sekolah menengah.

Tambah Gavin, kehidupan di dunia LGBT tidak jauh berbeza dengan pasangan normal pada umumnya kecuali orientasi seksual mereka.

"Satu-satunya perbezaan adalah orientasi seksual. Selebihnya sama, saya seperti manusia biasa."

Gavin mengakui berniat untuk berubah sejak 2018 dengan pelbagai usaha yang cuba dibuatnya walapun dicemuh masyarakat. Usaha ini kata Gavin tidak akan terjadi jika dia tidak berserah kepada Tuhan. 



 "Jika anda melihat dari segi agama, dalam agama apa pun, tingkah laku LGBT tidak dibenarkan. Secara peribadi, saya merasakan bahawa selama ini Allah selalu sangat baik dan selalu menjawab semua doa saya.

"Setiap kali saya memerlukan sesuatu, selalu diberikan. Hingga akhirnya saya terfikir mengapa Allah begitu baik walaupun saya selalu berdosa, dan melanggar sifat yang telah ditentukan oleh Allah," katanya.

Gavin turut berkongsi nasihat kepada orang ramai yang senasib dengannya. Menurutnya, orang yang ingin berubah wajib mempunyai prinsip, mental dan hati yang kuat serta berjumpa dengan ahli psikologi untuk mendapatkan kaunseling.

"Saya harap anda keluar dari dunia LGBT kerana keinginan diri sendiri bukan kerana paksaan orang lain, kerana jika bukan kerana diri sendiri, anda akan kembali melakukan perkara itu lagi.

"Dan kedua, saya selalu mencadangkan agar berjumpa dengan ahli psikologi untuk rakan-rakan yang ingin keluar dari dunia LGBT," jelasnya. 

Manusia tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan, namun peluang untuk kembali ke pangkal jalan itu sentiasa terbuka kepada sesiapa. Jika kita berusaha, pasti Allah tunjukkan kan jalanNya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote suriamir 6-10-2020 02:44 PM
Baguslahhh
Quote rospinki 6-10-2020 02:55 PM
kadang orang bisa memikirkan bahawa kekuatan pegangan agama itu bila kita mengabdian diri siang malam hanya beribadah padaNya..semakin kurang kita mengejar duniawi semakin senang mengejar akhirat. konsepnya tidak sebegitu semuanya barangkali..dunia dan akhirat itu harus seiringan. semakin kita sebuk urusan dunia semakin kita alert urusan akhirat yg utama kita usahakan. selepas itu urusan dunia semakin mudah dan tiada kebergantungan pada sesiapa melainkan Allah..maka berserahlah. walau jauh sudah kamu tersasar..kembalilah pada jalan kebenaran.
Quote Kurex 6-10-2020 03:20 PM
Ntah la dik, semoga berkekalan.. jgn sebab kau kata gitu semata utk raih followers je sebab iols dah jumpa ramaiiiiiiiiiiii cik gayah dari kalangan suami orang, ilmuan, ostad, imam, bilal yg kata macam ni, kemain canang selamat tinggal dunia pondan, hakikatnya tetap jua semburit belakang mimbar..
Quote lattehazelnut 6-10-2020 03:28 PM
Hmmm tgk insta xde vibe gay pun..
Muka pun mcm xde market je utk gay..
Quote MarryPottet 6-10-2020 03:56 PM
Lepas ni bolehlah keluar produk timbang kilo rega yahudi zionist ye dekkkk
Ehhhh....lupa pulak. Tu ummah acah insofff kat mesia
Quote mamajawie 6-10-2020 04:03 PM
Kurex replied at 6-10-2020 03:20 PM
Ntah la dik, semoga berkekalan.. jgn sebab kau kata gitu semata utk raih followers je sebab iols dah ...

tu pun betul gak..zaman skang ni sume demi content socmed n sesuap like je

Quote nubook 6-10-2020 04:06 PM
Good for him. Bukan senang kita nak betul nekad tinggalkan something yg mmg sebati dlm diri kita ni
Quote Kurex 6-10-2020 04:14 PM
mamajawie replied at 6-10-2020 04:03 PM
tu pun betul gak..zaman skang ni sume demi content socmed n sesuap like je

Memang pun.. kalau nak ubah, diam2 dah la... Nk jugak canang macam safi liyas tum. Hujung2?????
Quote Themilo 6-10-2020 04:19 PM
tahniah dekk.. jangan jadi macam adik sorang pelakon popular, kantoi lak kat tinder cari boifren

@Kurex dah tau ke story tu?
Quote angelofish 6-10-2020 04:45 PM
selalu orang yang dah tobat jadi gay ke nyah ke ,dah kena .... sbb tu tobat.pastu bila dah sedar ubat antivirals boleh panjangkan kan hayat pesakit ,kembali jadi asal .
Quote Kurex 6-10-2020 05:08 PM
Themilo replied at 6-10-2020 04:19 PM
tahniah dekk.. jangan jadi macam adik sorang pelakon popular, kantoi lak kat tinder cari boifren ; ...

Tak tau lagi uols... Siapa kah?
Quote natrahn 6-10-2020 05:37 PM
Themilo replied at 6-10-2020 04:19 PM
tahniah dekk.. jangan jadi macam adik sorang pelakon popular, kantoi lak kat tinder cari boifren ; ...

uikk siapakah?
Quote tripleid 6-10-2020 05:50 PM
dri turun temurun ummah dok balakan lgbt..ujung2 yg awal2 kena bala covid bukanya kelab gay or menteri lgbt..tp himpunan tabligh dgn menteri ugama.

think about it.
Quote CiliPadiSedap 6-10-2020 07:22 PM
Kemutan bontot kuali dan kemutan apam asli ternyata berbeza bagi gay

Kiranya nk ubah gay jd straight kena luruskan dulu pembaris
Quote Cicisweets 6-10-2020 07:57 PM
Tahniah dik,Tak kesah org nak keji ke apa benda,yg dok pelekeh ko, yg penting ko dah tobat saitan marah ooo kalau tengok ko tobat
Quote Belibis 6-10-2020 08:35 PM
Patut diam2 jer.dah ketahuan umum,lagi ramai gayboy nak try.silap2 lagi teruk dari sebelum taubat.
Quote far-risk 6-10-2020 08:37 PM
lattehazelnut replied at 6-10-2020 03:28 PM
Hmmm tgk insta xde vibe gay pun..
Muka pun mcm xde market je utk gay..

lol

Quote mbhcsf 6-10-2020 08:41 PM
memang leee Allah itu Ar Rahman dan Ar Rahim.

jasad kamu  hanya amanah, jgn dilupa  bahawa di alam ruh - ruh mu telah bersaksi dengan segala  kefahaman - Sesunguhnya Engkaulah tuhanku....Al A'araf ayat 172 - on the DAY OF ALASTU...

so....yes qalb itu penting
Quote Decaffeinated 6-10-2020 08:49 PM
Ingat kan keluar lemari rupanya take a break dari memondan jer

Kejap kang lapar ler balik. Ada ka orang kenyang forever...

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 06:14 AM GMT+8 , Processed in 0.042035 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top