CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Dikurung Dalam Sangkar Anjing, Rumah Penuh Lipas Dan Makanan Busuk

6-10-2020 12:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3187| Komen: 14

Seoang kanak-kanak malang ditemui dikurung dalam sangkar anjing.

Daily Mirror melaporkan, sebelum itu pihak polis menerima maklumat kes penderaan haiwan dan bergegas ke lokasi yang dilaporkan oleh penduduk setempat.


Namun sebaik tiba di situ mereka dikejutkan dengan penemuan kanak-kanak lelaki itu dalam keadaan yang tidak terurus.

Kejadian yang berlaku di Henry Country itu telah membawa kepada penahanan tiga orang individu.

Foto: Henry Country Sheriff's Office
Antara yang ditahan termasuk  ibu mangsa, Heather Scarbough, 46, ayah tirinya yang berusia 46 tahun dan neneknya berusia 62 tahun.

Ketua Polis Henry Country, Monte Belew berkata, mangsa bukan sahaja dikurung dalam sangkar anjing malah diletak berhampiran dengansangakar haiwan lain termasuk ular, anjing, ayam, cicak, kucing dan pelbagai burung.


Polis percaya mangsa menghabiskan sebahagian besar hidupnya di dalam sangkar berkenaan.

"Keadaan sangat memilukan ketika polis menemui kanak-kanak berkenaan dan dia tidak sepatutnya berada di dalam sangkar itu.

"Ada mainan diletakkan di dalam sangkar itu, namun tiada selimut untuk mangsa," tambahnya.

Sementara itu rumah tersebut juga dipenuhi dengan lipas dan pelbagai serangga lain serta makanan busuk dan sampah yang berselerakan. -CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AnaisAnais 6-10-2020 01:01 PM
OMG. giler ke apa ! kesian budak tu
Quote Kurex 6-10-2020 01:37 PM
Ingatkan dekat negara leluhur yg lagi satu tu.. rupanya negara leluhur barat
Quote Artemesiaa 6-10-2020 01:41 PM
JIka tak dibantu pasti budak ni pun akan berlaku kejam juga bila dah dewasa nanti
Quote nubook 6-10-2020 01:52 PM
Moga budak ni membesar dgn normal n tak trauma.
Quote fishcracker 6-10-2020 02:08 PM
Teringat citer ratched ada pesakit tu kecik2 dah kena kurung,trauma sheol lalu develop beberapa watak,ujung2 jadi pembunuh
Quote obria 6-10-2020 02:10 PM
bodohnya mak dgn nenek dia........
Quote MadameOnion 6-10-2020 02:30 PM
kesiannya..aku takleh bab budak2 kecik ni..
Quote mamajawie 6-10-2020 04:12 PM
aku ni kadang ade time aku malas nak tgok2 anak tp xde la gamak nk kurung anak waima main2 je pun..huwaaaaa
Quote ina_na 6-10-2020 04:19 PM
X nak anak jgn beranak.. Marah sungguh aku ni.. Budak. Kecik2 ni kalo cukup bg makan minum kasih Syg x bakal pun.. Elok je berkepit gan kita.. Aku suka weii budak2.. X de la sakit ati.. Bg mkn pe pun sedap je.. Jahat gila org tua dia ni..
Quote Cocoais 6-10-2020 04:32 PM
Kesian nye lah..orang yang tak dapat anak punya nak anak..yang dah ada tak nak jaga pula..kesian budak tu
Quote husna_amal 6-10-2020 04:35 PM
Mental betul keluarga tu layan budak kecik tak macam orang.
Quote highcastle 6-10-2020 04:54 PM
Skg ni aku tgk kalau mak kawin lagi ngan jantan lain, anak2 biasanya jadi mangsa........
Quote damian_lee 6-10-2020 04:55 PM
ummah pemuja koskesen ....... bersembunyi ...
Quote buragazz 7-10-2020 11:09 AM
Perangai kokesen lagi hauk.. mental terok pun umah ibu pertiwi agung2 kan...

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 08:36 AM GMT+8 , Processed in 0.462469 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top