CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Balik Rumah Putih, Trump Mengaku Mungkin 'Imun' Covid-19

6-10-2020 01:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4691| Komen: 25

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang baru keluar dari hospital tentera Walter Reed dan kembali ke Rumah Putih mendakwa dia mungkin imun terhadap Covid-19.

Mirror melaporkan, Trump berada di hospital sejak Jumaat lalu menerima rawatan Covid-19 dengan steroid, antibiotik dan beberapa terapi lain yang tidak disediakan kepada orang kebanyakan di negara itu.



Kredit foto: CBS 17

Sebaik tiba di Rumah Putih selepas keluar dari hospital tentera Walter Reed, Trump mendakwa virus yang telah membunuh 210,000 rakyat AS adalah sesuatu yang tidak perlu dibimbangkan.

Dia juga mendakwa pemulihannya yang cepat dari penyakit itu adalah mungkin disebabkan dia imun dari virus berkenaan.



Walaupun menunjukkan dia menyedari risiko kepulangannya ke Rumah Putih membawa penyakit berjangkit yang boleh membawa maut itu, dia bagaimanapun berkata, "Tidak mengapa". - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zarulnazmi 6-10-2020 01:03 PM
The level of stupidity is too high
Quote Dwdrum 6-10-2020 01:24 PM
zarulnazmi replied at 5-10-2020 09:03 PM
The level of stupidity is too high

Yang bodoh itu reporter dan U... White house ada medical unit sendiri....
Quote AbukRokok 6-10-2020 01:59 PM
zarulnazmi replied at 6-10-2020 01:03 PM
The level of stupidity is too high

blablabla
blablabla

same word from blm liberals homo all around the world all this years
nothing new

Quote bakingsoda 6-10-2020 03:20 PM
kalau imun kenapa dirawat? tggu je la sembuh sendiri sambil sebar2kan pada rakyat
Quote jacktothequeen 6-10-2020 03:48 PM
Lanc@u la trump..
Quote Artemesiaa 6-10-2020 03:48 PM
Dia masih berkempen sebab ada masa lebih kurang sebulan lagi sebelum kempen berakhir pasti dia nak umum nampak dia sihat.  
Quote zjen 6-10-2020 04:25 PM
dia nampak yakin je takan mampos,   langsung x spt org yg dah 'kene'    ...  apa motif dia dah x sebut 'Chinese-Virus' ,   sini siapa dpt speku ?





Quote lavendernovella 6-10-2020 04:57 PM
The punyer tahap confident fuhhhh
Quote meisapoya 6-10-2020 05:24 PM
Panjang umur ko tok nyang...
Quote sarah82 6-10-2020 05:51 PM
Aku rasa mcm dia baru saja confirm positif kan? Ni dah ok dah?

Willing power antara benda yg memainkan peranan utk sembuh sama ni.. Dia nak hadapi VOTE 2020..willing power nak menang tu jadikan dia mcm sihat ja
Quote TomyamPuteh 6-10-2020 07:28 PM
Aku syak si trumph ni ada bela pendamping la. Covid pon x lut nih..
Quote orenmango 6-10-2020 07:32 PM
Man this guy is really something
Quote Weller 6-10-2020 08:03 PM
BoJo dulu pun wfh 5-6 hari pastu baru masuk hosp sampai koma pastu sembuh

Trump baru berapa hari detect? tak tahu la apa jadi lepas ni. dia kira hi-risk jugak kan?


lgpun medical skrg dah tahu 'suitable treatment' utk covid compare tu early year dulu.....
Quote zarulnazmi 7-10-2020 09:38 AM
Dwdrum replied at 6-10-2020 01:24 PM
Yang bodoh itu reporter dan U... White house ada medical unit sendiri....

https://www.hmetro.com.my/global ... mp-positif-covid-19

18 iringi Trump positif Covid-19
Washington: Seramai 18 orang yang mengiringi atau pernah berada pada majlis yang dihadiri Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump sudah disahkan positif Covid-19, setakat ini.
ABC News melaporkan 12 orang daripadanya menghadiri majlis di Rose Garden, Rumah Putih ketika Trump mengumumkan pencalonan Amy Coney Barrett sebagai Hakim Mahkamah Agung.
Media AS melaporkan bahawa Setiausaha Media kepada Trump, Kayleigh McEnany menjadi individu terbaharu yang disahkan positif Covid-19.
Individu lain yang dijangkiti adalah isteri Trump, Melania; pembantu kanan presiden, Hope Hicks; pengurus kempen, Bill Stepien dan dua pembantu kepada McEnany .

Laporan sama mendakwa lebih 12 orang daripada individu yang sering berada dekat dengan Trump, sama ada di luar atau di dalam Rumah Putih, positif virus itu.
AFP dalam satu laporan berkata Trump mungkin dijangkiti ketika menghadiri majlis pengumuman pencalonan Barrett.
Doktor kepada Trump, Sean Conley berkata, selepas majlis berkenaan, Presiden kemudiannya mengadu demam panas, sakit sendi dan mengalami hidung tersumbat
Trump kemudian disahkan positif pada 1 Oktober lalu sebelum dimasukkan ke wad untuk rawatan kecemasan pada hari berikutnya.
Dalam pada itu, AFP dalam laporan berasingan berkata, Trump meninggalkan hospital tentera pada Isnin selepas empat hari menerima rawatan kecemasan akibat jangkitan Covid-19.
Pergerakan beliau keluar dari hospital itu disiarkan secara langsung menerusi televisyen apabila berjalan keluar dari bangunan sebelum menaiki limosin.
Presiden kemudian menunjukkan ibu jari sebagai isyarat bagus sebelum menaiki helikopter Marine One yang terletak berhampiran untuk ke Rumah Putih.
Sebaik helikopter mendarat, Trump berjalan menaiki tangga di balkoni Rumah Putih yang dikenali sebagai South Portico, sebelum menanggalkan pelitup mukanya untuk memberikan tabik hormat kepada Marine One.
Menjelang sebulan sebelum Pemilihan Presiden pada 3 November, pungutan suara menunjukkan populariti Trump berada di belakang pencabarnya, Joe Biden.
Kepulangannya ke Rumah Putih dilihat sudah dirancang dengan sebaik mungkin bagi menunjukkan presiden itu dalam keadaan sihat dan berupaya meneruskan kempennya.
Dalam pada itu, pencabar Trump, Biden lebih berhati-hati ketika melaksanakan kempennya dan sudah tiga kali menjalani ujian saringan yang menunjukkan calon itu negatif Covid-19.



Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Oktober 2020 @ 7:15 AM



Quote zarulnazmi 7-10-2020 09:40 AM
Dwdrum replied at 6-10-2020 01:24 PM
Yang bodoh itu reporter dan U... White house ada medical unit sendiri....

And you are just plainly stupid

Quote damian_lee 7-10-2020 09:41 AM
ada satu video beredar kat twitter ... time berucap tu .. ada satu masa tu dia mcm mnegalami sesak nafas ......
Quote husna_amal 7-10-2020 09:57 AM
Auto bengap dia ni lepas positif covid19.
Quote hatikudus 7-10-2020 10:02 AM
Masih terlalu awal nak ngaku sembuh ke..immuned ke..ko tunggu je la trumpet oiiii
Quote laksmanabentan 7-10-2020 10:58 AM
kalau tak membimbangkan... tak yah ler suntik segala bagai antibiotik tu....
tgk imun ker tak tu...

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.034888 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top